HUMANITY FOR PALESTINE

segalanya tentang palestin kita

ad

Palestin, Usrah, dan Ingatkah Lagi?

"Hamas muncul dari usrah-usrah dan majlis-majlis tarbiyyah yang berlangsung dalam waktu yang lama setelah melakukan upaya terus-menerus dan kerja secara berterusan siang dan malam, melalui aktivitas dakwah dan kemasyarakatan, hingga sampai ke kerja jihad dan merupakan inovasi gerakan di dalamnya dan memberikan pelajaran yang belum pernah terjadi sebelumnya kepada musuh."
Pengakuan Pemimpin Gerakan Perlawanan Islam HAMAS, Musa Sammak membuktikan bahawa sistem tarbiyyah itu fokus, sistem tarbiyyah itu core business kita dalam menggerakkan isu Palestin.

Sudah cukuplah HAMAS, sebagai bukti keberkesanan nizhomul usroh yang kita cuba terapkan dalam perjuangan Palestin kita.

Buat adik-adik pewaris, ingat ini core business kita!

atau sudahkah kita lupa tentang tanah air kita itu?

BADAR: Suatu Ketetapan dan Keyakinan


Dan hujan rahmat turun renyai-renyai di bumi Allah itu.

Butir-butir manik hujan itu mengusir segala keraguan, menghapus semua resah.

Semarak jihad semakin membara-bara di dada ahli-ahli Badar.

Yakin akan tertegaknya panji-panji Ilahi di muka bumi itu.

“Ingatlah ketika kamu dilitupi oleh perasaan mengantuk sebagai satu pemberian aman daripadaNya, dan ingatlah ketika Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikanmu dengannya dan menghapuskan darimu gangguan dari syaitan dan jua untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian kamu.”

(Anfal 8:11)

Dalam lena kaum muslimin di malam 17 Ramadan yang hening itu, Baginda SAW menunjuk ke arah medan pertempuran Badar seraya berkata;

“Inilah tempat kematian kaum musyrikin esok hari, InshaAllah.”

Semarak Api Peperangan

Akhirnya Ghazwatul Badar yang tak dijangka-jangka itu tercetus jua.

3 orang pahlawan Allah, Ubaidah al-Harith, Hamzah asadullah dan Ali diarahkan Baginda SAW untuk mara ke hadapan untuk menyahut cabaran pertempuran dengan pemimpin-pemimpin Quraisy.

Dengan izinNya, kesombongan kaum Quraisy itu langsung ditundukkan dengan tersungkurnya satu demi satu pemimpin Quraisy hingga menyembah tanah oleh pukulan-pukulan kencang pahlawan-pahlawan Allah itu.

Kemarahan kaum musyrikin tak terbendung lagi.

Mereka terus meluru ke arah tentera Islam.

Kaum muslimin pula bertindak mempertahankan diri sehingga kaum musyrikin mengalami kekalahan yang besar.

“Ahad…Ahad…” meniti bibir tentera-tentera Allah setiap kali mereka berjaya menundukkan kesombongan yang nyata ditunjukkan oleh kaum musyrikin.

Munajat Rasulullah SAW


Saff-saff perjuangan tentera Allah dikemaskan. Lantas Baginda SAW terus-terusan bermunajat kepadaNya;

“Ya Allah Ya Tuhanku. Perkenankanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah Ya Tuhanku, Perkenankanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku.”

Peperangan semakin memuncak. Detik-detik penentuan hampir tiba.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Seandainya Engkau binasakan pasukan kecil ini, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini selepas ini untuk selama-lamanya.”

Rasulullah memanjatkan lagi doa kepadaNya. Sungguh-sungguh baginda dalam doanya sehinggakan terjatuh kain serban dari bahunya.

Lalu Abu Bakar yang melihat meletakkan kembali serban tersebut di bahu Rasulullah SAW seraya berkata;

“Cukuplah wahai Rasulullah SAW akan permintaan mu kepada Tuhanmu itu.”

Dan pada detik itu, saat kemenangan semakin terasa. Wahyu yang menjanjikan bantuan dan ketetapan dari Allah diturunkan kepada RasulNya SAW;

“Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu. “Sungguh, Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”
(Anfal 8:9)

Nabi Muhammad SAW lalu berkata kepada Abu Bakar sambil memakai baju besi;

“Terimalah berita yang menggembirakan wahai Abu Bakar. Pertolongan Allah telah melewati engkau. Itu dia Jibrail yang memegang kekang kudanya, memecutnya ke hadapan merentas debu-debu yang berterbangan.”

Baginda pun langsung membacakan ayat Allah;

“Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.”
(Qamar 54:45)

Digenggam pula di tangannya pasir lalu dilontarkannya pasir itu ke arah kaum Quraisyh seraya berkata;

“Musnahlah kalian semua.”

Fath

“Demi Tuhan yang jiwa aku di tanganNya tak seorang pun yang memerangi mereka itu, yang penuh dengan kesabaran, perkiraan dengan Allah dan tidak lari, kemudian mati syahid kecuali dimasukkan oleh Allah ke dalam syurgaNya.”

“Ayuh, perolehilah syurga yang keluasannya seluas petala langit dan bumi.”

“Akan kalah semua kelompok itu dan akan beredar lari.”

Kata-kata semangat marak ditiupkan sambil baginda Muhammad SAW memacu kaum muslimin ke hadapan memburu kemenangan dan syahid.

Hinggakan lari Iblis mencampakkan dirinya ke dalam laut.

Hingga tamat riwayat Abu Jahal yang disifatkan oleh baginda SAW sebagai Firaun umat ini.

Hingga akhirnya kemenangan itu menjadi milik umat Islam, hanya dengan izin Allah SWT.

*****

Maka Badar itu mengajar kita agar tetap dengan pendirian kita (Islam).

Kita yaqin bahawa Allah itu berada di atas yang Haq (benar) dan akan memenangkannya.

Dan Badar juga mengajar kita bahawa keyaqinan kita pada ketetapanNya adalah mengatasi segala-galanya, segala apa yang ada di langit dan di bumi.

Membuatkan kita yaqin bahawa bumi Palestin itu akan kembali menjadi milik kita.

“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku, yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka, sehinggalah datang hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka”
(Rawahu Muslim)

Rebutlah Peluang Ramadhan Bersama Ulama Palestin 10-15 Sept 09



Assalamualaikum.

Semuga Kalian di dalam Rahmat dan Perlindungan Allah.
Semuga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas.

Sekadar menyampaikan program terdekat:

RAMADHAN BERSAMA ULAMAK PALESTIN
10hb September - 16hb September 2009

Sempena kunjungan Muhibbah 3 Tokoh Rabitah Ulamak Palestin (Ikatan Ulamak Palestin)
ke Malaysia. Pihak HALUAN Palestin dengan kerjasama JAKIM, JAIS dan lain-lain
akan mengadakan Program-program Perkongsian Penglaman dan Tazkirah di beberapa buah
Masjid dan Surau yang terpilih (kerana kesuntukan masa).

MAKLUMAT LANJUT DI DALAM LAMAN WEB

Saudara/i dijemput untuk hadir.

Sedikit Synopsis TOKOH:

1. Sheikh Hussein Khalil Saqar al-Awawidah (Sh Abu Bakr)
  • Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin
  • (Seangkatan dengan Sh Ahmad Yassin, Abd Aziz al-Rantisi; pernah dipenjara lebih daripada 10 kali dan disiksa oleh Zionist sehingga buta matanya)
2. Sheikh Ziad Said al-Kishawi (Sh Abu Ahmad)
  • Koordinator Bantuan Kemanusiaan Rabithah Ulama Palestin
  • (Berpengalaman berjuang pembebasan Palestin & Baitul Maqdis lebih daripada 40 tahun...)
3. Sheikh Ahmed Aboushousha (Sh Abu Wael)
  • Ketua Koordinator Sosial, Perkhemahan Pelarian Khan Danun
  • (Di antara rakyat Palestin yang awal dihalau keluar daripada Palestin oleh Zionist...)

MARILAH KITA MENDENGAR TAZKIRAH & PENGALAMAN MEREKA YANG TELAH
TERBUKTI IKHLAS & SABAR DI DALAM PERJUANGAN ISLAM...

Moga Ramadhan ini menjadi lebih bermakna dengan bantuan kita kepada
PERJUANGAN BAITUL MAQDIS...

Noorazman Mohd Samsuddin
Pengerusi HALUAN Palestin
019 388 6956



Sabtu, 12 September 2009

  • Masjid Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya - Kuliah Subuh
  • Masjid Bandar Baru Sg Buloh - Kuliah Dhuha
  • Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang - Berbuka Puasa
  • Masjid Kg Tunku, SS1 Petaling Jaya - Tarawih
  • Surau Al Ikhwan, Saujana Putra, Rawang - Tarawih

Ahad, 13 September 2009

  • Masjid Negeri Shah Alam - Kuliah Subuh
  • Masjid Sayyidina Umar, Bukit Damansara - Kuliah Subuh
  • Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Shah, Jalan Templer, Petaling Jaya - Kuliah Dhuha
  • Pejabat HALUAN Palestin, Subang - 2:30 – 4:30 petang (Sesi bersama wakil-wakil NGO sahaja)
  • Masjid An Naim, Jalan Kebun, Klang - 4:40 petang – Iftar Perdana
  • Masjid Mukminun USJ - Tarawih
  • Masjid Amaniyyah, Batu Caves - Tarawih

Isnin, 14 September 2009

  • Balai Islam, Tenaga Nasional Berhad, Bangsar - Kuliah Zuhur
  • Surau Seksyen 8, Shah Alam - Berbuka Puasa & Tarawih
  • Masjid Mukhlisin, Jalan Damai Bakti, Alam Damai, Cheras - Tarawih

Selasa, 15 September 2009

  • Surau Jalan 7 Bukit Rahman Putra - Berbuka Puasa & Tarawih
  • Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh - Berbuka Puasa & Tarawih
http://haluanpalestin.haluan.org.my/files/ramadhanpalestin.pdf

21 OGOS



Genap 40 tahun lampau, Masjid al-Aqsa dibakar Michael Dennis Rohan. Sengaja pada hari itu pasukan tentera Israel menutup saluran paip air menuju ke sana agar agenda pembakaran berjalan lancar. Malah, pasukan bomba dan warga Arab dihalang untuk memasuki masjid suci yang ketiga di hati umat Islam itu. Walhasil, mahkamah yang didalangi Zionis melakukan sandiwara lucu apabila Michael Rohan yang merupakan seorang doktor telah dibebaskan atas alasan dia gila. OIC pula ditubuhkan sebagai reaksi kepada peristiwa hitam itu. Pelbagai resolusi terus dikeluarkan namun ia hanya tinggal di atas kertas. Sudah tentu, apa guna menubuhkan persatuan yang mengumpulkan angka-angka kosong?

Hari ini, HAMAS makin mendapat tempat di hati majoriti penduduk Bumi. Perjuangan mereka bukan karena reaksi atas peristiwa semata, tapi menjalar ke akar umbi. Semuanya karena la ilah illa Allah. Lalu, sistem yang tersusun dan berterusan dibina. Di mata dunia, mereka bermula dengan kelab sukan. Padahal, HAMAS menjadi bukti kepada keberkesanan sistem usrah.

Sama seperti HAMAS yang mulanya tidak dikenali ramai, sistem usrah kita juga pasti akan terus kuat. Karena, sistem usrah kita terus-menerus menghasilkan manusia yang tidak punyai kepentingan diri. Lantas, darah dan harta dipertaruhkan. Ya, perasaan dan kesanggupan ini tidak dapat difahami mereka-mereka yang hanya duduk berehat di rumah atau yang hanya mengejar kekayaan dalam bisnes atau yang hanya punyai cita-cita seputar individualistik. Sedangkan, ar-rahatu lir-rijal ghaflah. Rehat bagi kita adalah suatu bentuk kelalaian. Na’uzubillah.

Hari ini, kita bukan mahu menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza. Tapi hari ini, sempena hari al-Quds, kita mahu lebih yakin bahawa esok Islam pasti menang, melebihi yakinnya kita untuk punyai kesempatan bernafas pada detik seterusnya.

[sumber: elbaeraqy.co.cc]

Allahumma harrir qudsana wa ja’alna min junudit tahrirYa Allah Ya Tuhan kami, bebaskanlah al-Quds kami, dan jadikan kami daripada pejuang pembebasan itu.

hari al-quds sedunia

Bagi pelajar KMB, hari jumaat ini, ataupun bersamaan 21 ogos 2009, merupakan hari semua pelajar dapat pulang ke kampung dan juga rumah masing-masing. Berapa ramaikah yang sedar bahawa jumaat ini merupakan hari memperingati al-quds sedunia? Malah bukan sahaja pelajar KMB tetapi, saya yakin ramai lagi rakyat Malaysia tidak tahu tentang peristiwa yang berlaku pada 21 ogos.

Pada 21 ogos 1969, seorang zionis warga Australia yang bernama Dennis Michael Rohan telah membakar masjid Al-Aqsa. Peristiwa tersebut pasti membuakkan rasa kemarahan semua umat Islam, namun mereka perlu akur kerana itulah yang mereka perlu hadapi apabila Israel mula menghuni Palestine. Paling ironinya, zionis yang kejam itu, tidak dihukum atas alasan dia mengalami masalah mental atau kononnya gila.

Bagi umat Islam, kenyataan ini amat sukar untuk diterima kerana masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama kita dan juga tanah suci ketiga dalam Islam. Tambahan pula, keperitan lebih terasa apabila rakyat Palestin ditindas di negara mereka sendiri. Mereka diseksa, dihalau keluar, dizalimi, dibunuh, dipenjarakan, mereka dilayan seolah-olah nyawa mereka tidak berharga.

Maka, bukan sahaja umat Islam, tetapi semua orang yang mementingkan kemanusiaan, marilah sama-sama kita memperingati hari al-quds sedunia dengan membuat beberapa perkara berikut

1. Memberi tahu saudara-mara, sahabat tentang hari ini agar dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia

2. Mendoakan, membuat solat hajat agar Allah sentiasa melindungi masjid Al-Aqsa dan juga rakyat palestin

3. kita juga boleh membuat refleksi terhadap diri sendiri dan bertanya kembali kepada diri kita, "sejauh mana kita membantu rakyat palestin di sana?"

sekian, wasalam.


Tentera Israel berjaya melengkapkan siri ujian ke atas sistem pertahanan baru kereta kebal Merkava IV. Mereka mendakwa bahawa sistem baru itu mampu memintas dan memusnahkan peluru anti-kereta kebal yang berada dalam jarak yang jauh dari kereta kebal terbabit.

Sistem baru itu dikatakan merupakan yang tercanggih di dunia kerana kemampuannya memintas peluru walaupun kereta kebal terbabit sedang bergerak.

Ujian tersebut dilakukan dengan melancarkan peluru anti-kereta kebal, roket dan beberapa senjata peperangan yang lain. Sistem tersebut berjaya mengesan, memintas serta memusnahkan peluru berpandu dan senjata-senjata lain yang disasarkan kepadanya.

pelbagai usaha yang mereka cuba lakukan untuk menentang saudara kita.

tetapi, sedarkah kita bahawa mereka lah sedang dalam ketakutan sebenarnya.

sama-sama kita berdoa agar saudara kita di sana tabah dan cekal hadapi dugaan.

doa itu senjata kita.

.:: al-BAqarah : 186 ::.

~Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu
(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apebila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran~

Perancangan Palestin


Banyak yang dalam fikiran untuk perjuangan Palestin di KMB sepanjang tahun ni.

Namun, atas kelemahan diri sendiri yang kurang bijak mengambil peluang atas masa yang berbaki di KMB, segalanya asyik dipinda ke hari yang lain.

Antaranya;

1. A Night of Hope.

Program malam amal kesenian untuk Palestin kolaborasi dengan MPAC KMB. Cadangan tarikh 14 Ogos, Friday Night Live. Namun atas surprise cuti H1N1, mungkin terpaksa ditunda lewat sikit untuk kesempurnaan persembahan. Allahu'alam, muga2 dapat dilaksanakan secepat mungkin.

2. Roadshow Palestin

Program kempen Selamatkan Palestin dan Boikot Israel. Roadshow, segalanya tentang palestin dengan konsep iras Ekspo Dunia Islam (EDI) KMB 09. Sudahpun berbincang dengan pihak penganjur, Haluan Palestin, namun memerlukan tarikh yang sesuai. Sangat susah ye nak cari tarikh yang fit untuk semua budak2 KMB nih. Astaghfirullah al azeem..

3. Lobi Boikot Coca-cola dan produk boikot utama yang berkaitan di Koperasi KMB.

Petisyen untuk menyokong pemboikotan produk boikot di Koop KMB. Sangat memerlukan kefahamana akan kewajiban boikot dan sokongan dari warga KMB seluruhnya untuk menjayakannya.

Ini antara perancangan terdekat HOPE di KMB. Tak lupa, pelantikan pewaris perjuangan Palestin HOPE di KMB inshaAllah dalam minggu pertama naik cuti ni!

Muga2 kehadiran kalian dapat membantu dan melancarkan lagi perjuangan kita!

"you guys are their future hopes"

=)

Oh ya, menjelang Ramadan ni, marilah kita sama-sama meningkatkan iman dan amal kita bersama-sama dalam madrasah tarbiyyah yang paling mantop ini!

Satu benda yang kita kena faham, walau macam mana pun nama Humanity of Palestine itu dicorakkan, in the end, perjuangan pembebasan Palestin kita itu bergantung ultimately pada iman dan aqida kita;

Rabbaniyyah kita; dependence kita pada Al-Khaliq dalam memberikan kemenangan dalam perjuangan kita nih.

Maka, sama-samalah kita berusaha kuat meningkatkan mutu iman dan amal kita!^^

di mana hak mereka? ~latest news in Palestin.


ANGGOTA keluarga Hanoun membantah selepas diusir daripada kediaman mereka oleh anggota polis Israel di Baitulmaqdis.


Polis Israel usir 2 keluarga Palestin


ANGGOTA keluarga Hanoun membantah selepas diusir daripada kediaman mereka oleh anggota polis Israel di Baitulmaqdis.

Warga Yahudi duduki rumah dikosongkan

BAITULMAQDIS: Polis Israel semalam mengusir keluar dua keluarga Palestin daripada rumah mereka di kawasan Arab di timur Baitulmaqdis, selepas mahkamah menolak rayuan terhadap perintah pengusiran itu.

Sebilangan besar anggota polis bertindak mengusir mereka pada awal pagi di Sheikh Jarrah, salah sebuah kawasan perumahan sensitif yang paling dekat dengan Garisan Hijau, yang memisahkan timur dan barat Baitulmaqdis.


ANGGOTA polis Israel membantu keluarga Yahudi yang memasuki rumah rakyat Palestin yang baru diusir.


Rakyat Palestin berkenaan diusir bagi membolehkan keluarga Israel memasuki rumah itu, walaupun masyarakat antarabangsa menggesa Israel agar menghentikan semua kegiatan kependudukan di bumi Palestin yang diduduki.

Perintah pengusiran itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa bandar raya Baitulmaqdis memberi kebenaran bagi pembinaan kira-kira 20 unit rumah di kawasan berkenaan di Sheikh Jarrah, yang menimbulkan bantahan antarabangsa.

Konsulat Britain, yang turut ditempatkan di Sheikh Jarrah di samping misi asing lain, berkata ia 'terkejut' dengan tindakan Israel itu.

"Dakwaan Israel bahawa penempatan penduduk Yahudi ekstrim di kawasan perumahan lama Arab itu adalah perkara yang harus diadili mahkamah atau perbandaran tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan.
ANGGOTA polis Israel membantu keluarga Yahudi yang memasuki rumah rakyat Palestin yang baru diusir.

"Tindakan ini tidak selaras dengan keinginan Israel untuk mencapai kedamaian. Kami menggesa Israel agar tidak membenarkan ekstremis itu menetapkan agenda."

Keengganan Israel untuk mematuhi kehendak Washington dan menghentikan semua kegiatan kependudukan di timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua sekutu berkenaan meningkat pada tahap yang belum pernah dilihat selama beberapa tahun.

Projek perumahan Sheikh Jarrah itu akan dibina di tapak yang dikenali di kalangan rakyat Palestin sebagai Karm al-Mufti, yang pada satu masa dulu dimiliki mufti besar Baitulmaqdis, Amin al-Husseini, dan pada 1985 dibeli oleh jutawan Amerika, Irving Moskowitz.

Moskowitz sebelum ini pernah membiayai projek kependudukan di Tebing Barat, termasuk di timur Baitulmaqdis.

Duta Israel di Washington, Michael Oren, dipanggil oleh Jabatan Negara bulan lalu dan dimaklumkan bahawa projek berkenaan perlu dihentikan.

Israel menawan timur Baitulmaqdis dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian memperbesarkannya, tindakan yang tidak direstui masyarakat antarabangsa.

Negara Yahudi itu melihat Baitulmaqdis sebagai ibu negara yang 'kekal dan tidak berbelah bagi' dan tidak menganggap pembinaan di timur Baitulmaqdis sebagai kegiatan kependudukan. � AFP

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20090803013740/Article/index_html


_____________________________________________________________________

di manakah hak mereka? sedangkan dihalau dari rumah sendiri.
di mana mereka mahu berlindung?
tempat sendiri diambil. tanah sendiri dihalau.

bayangkan pada suatu pagi, anda sedang bersama keluarga anda.
anda bangun dari tidur, bersyukur masih lagi boleh tidur lena di katil yang empuk.
bersama keluarga di sisi.
kemudian, anda duduk makan sarapan bersama-sama.
sambil bertanya khabar anak-anak anda.
berbual sambil gelak tawa.
bersyukur masih ada lagi tempat untuk memasak dan meluangkan masa bersama anak.

tiba-tiba, pintu rumah anda diketuk.
disangka penjual surat khabar, rupa-rupanya manusia yang tidak diundang.
menghalau anda dengan tegas.
tanpa sebarang perancangan hidup, ke manakah anda akan pergi?
benarkah ini berlaku?
dalam sekelip mata, anda sudah tidak berumah.
rumah ada,tp bukan lagi milik anda.

anak-anak anda melihat dengan hairan.
bagaimana anda mahu terangkan pada mereka?
fahamkah mereka?

rumah yang anda diami bersama keluarga begitu lama.lesap.
hilang.
banyak memori indah terkubu begitu sahaja.
sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda tinggal di jalanan??
bagaimana perasaan anda, begitulah perasaan mereka, rakyat Palestin.

juangkanlah palestin.

Mei mei duduk duduk termenung di penjuru kelas. hatinya resah. dilukis lukiskannya sesuatu di atas kertas, semata mata cuba melarikan fikiran yang bercelaru. namun, lukisannya tidak menjadi. segalanya serba tidak mengena.

"Ada masalah ke Mei mei?" aku melontarkan soalan. sekadar ingin mengambil berat. suasana kelas hingar bingar. semua seronok berbual dan bermain, setelah sebentar tadi ketua kelas mengumumkan cikgu malay A1 tiada hari ini.

"takde apa lah abu (nama klise orang Melayu), sedih tengok nasib rakyat Palestin. pagi tadi aku tengok dekat tivi, mereka kena serang lagi."

aku terkesima. kelu, tidak tahu hendak berkata apa. selama ni, tidak pernah aku ambil berat pasal Palestin. berita pasal diorang, haram hendak ku baca. sukan sering menjadi pilihan, hiburan menjadi teman, politik dalam negara penajam fikiran (errr? bukan membejatkan fikiran ke?).

________________________________________________________________

adakah kita seperti Abu di atas? owh ye, cerita di atas adalah kisah benar yang telah dihiperbolakan. maka,

1) apakah tindakan kita? sekurang-kurangnya kalau tidak dapat menolong palestin, tolong lah, saya rayu, kami rayu, semua orang di sana rayu, janganlah menolong mereka menghunjam Palestin. boikotlah, boikotlah. janganlah sokong mereka. tanya diri, adakah anda dipihak mereka?

2) mahu sangatkah jadi ignoran sehingga orang bukan Islam lebih mengetahui pasal Palestin berbanding diri? tidak kisahlah jika kurang tahu, tapi, tolong lah, saya rayu lagi sekali, kami rayu, mereka di sana juga. jangan diamkan diri. sebab berdiam dirilah zionis makin menjadi jadi. kuatkanlah iman, akidah dan isu asas dalam hal ini.

3) jika anda seorang manusia, pertahankanlah hak mereka. tolonglah mereka. kasihanilah mereka. fahamilah, jika anda betul betul seorang manusia, yang masih mempunyai hati manusia.

kita buat yang terbaik. insya-Allah mendapat ganjaran. selebihnya, serahkanlah kepada Allah azza wajala.

3,2,1

lets countdown together!
3...
rejab sudah tiba
salah satu bulan haram
bulan Allah
bulan kekasih kita
bulan menanam cinta
bulan gembira rasulullah
kerna diangkat ke langit
bertemu kekasihnya
bertemu para nabi
diperintahkan fardhu solat

2...
sya'aban selepas itu bulan nabi
sya'aban tanda kesetiaan
bulan utusan terakhir

1...
ramadhan bulan ujian
bulan takwa
bulan umat islam
bulan yg
terdapat mlm al-qadr
mlm yg lebih baik dari 1000 bulan
bulan rahmat
nabi dan sahabat tertunggu2 kehadirannya
menangis pabila di penghujungnya
kerna takut
tahun hadapan
adakah masih boleh berjumpa lagi
atau bakal meninggalknnya selama-lamanya

are u ready?

apa yang kita dapat bila kita perjuangkan palestin?



Bayangkan situasi ini;

Anda merupakan seorang speaker yang jitu untuk isu-isu palestin dan kegilaan regim zionis saban hari.

Semangat dalam dada membara-bara tika anda melaungkan "Free, free Palestine!", "Free, free Palestine", "Khaybar, khaybar ya Yahud, Jaisyu Muhammad saufa ya'ud", atau "Khaybar-khaybar ya Zionis, jaisyu Muhammad saufa ya'ud!" di hadapan orang ramai.

Sedang asyik anda bersemangat meniupkan semangat jihad dalam lubuk hati setiap yang mendengar, tiba-tiba berdiri seorang individu-yang rautnya kelihatan macam tak puas hati- dan bertanya dengan suara yang agak kasar;

"Apa yang aku dapat kalau aku perjuangkan palestin?"

Apa yang akan anda lakukan?

***
Jika situasi itu berlaku, usah melenting dulu. Tetapkan senyuman dulu dan maintain kool. =)

Sebab kita mungkin boleh berceramah pagi-petang-siang-malam tentang seerah palestin, sebab-sebab mengapa kita perlu memperjuangkan palestin, tapi akhirnya semuanya bergantung pada Allah. Hidayah itu milikNya. Dan Dialah yang membolak-balikkan hati manusia.

Maka, apa yang boleh anda buat dalam situasi itu ialah:


1. Bersangka baik.

Walau sekasar manapun pertanyaan itu, walau seganas manapun raut wajahnya, anggapkan itu sekadar persepsi peribadi anda. Senyumlah seindah suria dan anggaplah bahawa individu itu ikhlas dalam pertanyaannya. =)

Sebab, bayangkan kalau kita terus bengang dan cuba menyimbah api dengan minyak, alamat meletuplah jawabnya!

2. Jadi profesional.

Kita, yang dipilih untuk mendokong tanggungjawab memperjuangkan kebebasan Palestin sekali-kali tak seharusnya bersifat ala zionis yang sewenang-wenangnya melakukan kekasaran baik percakapan mahupun perbuatan.

Sesungguhnya, kita tentu tak nak dilihat dan dilabel sebagai pengikut yang membabi-buta, yang cuma pandai terjerit-jerit kosong kan?

Maka, salah satu opsyen yang saya dapat fikirkan ialah dengan bertindak profesional-atau senang kata- maintain kool. =)

Bentangkan hujah (kefahaman) kita dengan tambahan logik dan empati kerana kedua-duanya ini mudah diterima berbanding poin-poin yang beku semata. (ini dapat dilihat melalui pendekatan ISK yang boleh saya kira berkesan).

3. Faham bahawa Faith(keyakinan) dan Reason(logik) itu boleh bersepadu.

Manusia juga terdiri daripada golongan yang perlu diberitakan akan ganjaran (faedah) dan azab (akibat) melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Sesetengahnya cenderung untuk dimotivasikan hasil Ganjaran yang akan diberikan padanya, manakala sesetengah yang lain lebih cenderung pada gerun dan gentar akan Azab yang mungkin menimpa dirinya.

Terpulang kepada kebijaksanaan diri kita untuk mengawal situasi dan kondisi itu.

***

Maka selepas itu barulah kita boleh cuba terangkan satu-persatu perihal apa, mengapa dan bagaimana bentuk perjuangan kita ini sebenarnya mengikut kefahaman kita.

Sebelum, semasa dan selepas kita berikan yang terbaik untuk agama kita itu-sepanjang masa- serahkanlah kebergantungan kita hanya kepadaNya. Kerana hubungan kita dengan manusia, berkait sangat rapat dengan hubungan kita dengan Pencipta.

Allahu'alam.

p/s jawapan kepada persoalan, akan dirungkaikan dalam entri baru mengikut kefahaman penulis jika diberi kesempatan lain hari, biiznillah. Tapi mungkin anda boleh melihat jawapan itu pada sudut yang lebih kreatif, maka fikir-fikirkanlah jawapannya. =)

*pendekatan penulis dalam entri ini ialah bersifat peribadi dan masih sedang cuba dipraktikkan oleh dirinya sendiri. ia bukanlah satu-satunya solusi yang ada.

Tika hari semakin senja,

Langit menampakkan kegelapannya,

Semesta alam bermuram durja

turut bersedih,

Matahari yang akan terbenam,

Seperti ingin membiarkan aku dalam kegelapan,

Tercari-cari...


Aku ingin meminta maaf,

Aku hanya mampu berdoa berlagu hiba,

Dikala dirimu derita hiba,

Diserang bertalu-talu Israel dan sekutunya,

Aku hanya penglipur lara,

Yang mampu berharap...


Engkau adalah lagu yang terindah,

Maafkan aku,

Kerana tidak mampu menjadi melodi,

Melodiku buat lagu yang indah,

Hanya membuatkan hati menjadi gundah.


Enkau adalah cerita yang hebat,

Maafkan aku,

Kerana tidak mampu menjadi skrip,

Skripku kepada cerita yang hebat,

Hanya membuat orang berasa kelat.


Dan engkau adalah sketsa yang menarik,

Maafkan aku,

Kerana tidak mampu menjadi pentas,

Pentasku buat sketsa yang menarik,

Hanya membuatkan penonton jelik.


Maafkanku atas kelemahan-kelemahan ini,

Namun aku tetap berusaha,

Supaya rabbul alamin kan memakbul segala kiriman doa,

Membaiki melodi, kertas dan pentasku,

Memenuhi hasratmu,

Suatu hari nanti.


dedikasi buat sekian ramainya yang memperjuangkan nasib palestin melalui tinta pena dan suara. :)

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza
Azamin Amin
Thu | Feb 19, 09 | 10:35:48 am MYT
Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.
Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.


Your browser may not support display of this image.Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Your browser may not support display of this image.Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing- masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) !

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

http://haluanpalestin.haluan.org.my/

strategi untuk palestin


"Nak kena boikot lagi ke?"

"Bukannya perang dah habis ke?"

***

Mindset yang harus kita tanam ialah, konflik Palestin-Israel, bukanlah isu temporari atau berkala. Bukannya sekadar isu perang semasa.

Telah diam media daripada membincangkan isu ini, tak bermakna melupakan palestin, berakhirnya perang tak bermakna palestin itu telah selamat dan bebas.

Isu palestin dan pencabulan zionis bukannya sekejap-sekejap. Itu harus kita faham, dan hayati.

Bagaimana ia semuanya bermula, penubuhan pertubuhan zionis sedunia, lobi zionis ke PBB untuk menubuhkan negara haram Israel, pembahagian tanah Palestin-Israel, penjajahan (bukan peperangan semata), pencabulan hak beragama, pencabulan hak kemanusiaan Israel ke atas anak-anak Palestin itu sejarahnya daripada dulu lagi, dan masih berterusan hingga kini.

"It is an occupation, it's not a war."

Zionis, itu licik dalam merancang. Dan orang kata, kebatilan berstrategi itu boleh menewaskan kebenaran yang tak berstrategi.

Tapi Tuhan itu Maha Merancang. Dalam Tariq (15-16):

Sesungguhnya, orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. dan Aku pun membuat rencana dengan sebenar-benarnya.

Maka, yaqinlah akan kebebasan Palestin. Dan susunlah strategi.

*****


"Kenapa tak menyerang? Tuhan tak berpihak padanya. Tuhanlah yang menentukan kejayaan dalam peperangan."

"Benar, kejayaan peperangan ditentukan Tuhan. Tapi ia juga ditentukan oleh persediaan, bilangan askar, ketiadaan wabak penyakit dan sumber air terdekat. Berapa banyak peperangan yang dimenangi Muslim dengan hanya bergantung pada kekuasaan Tuhan?"

"Sangat sedikit. Tapi itu kerana dosa-dosa kita."

"Itu adalah kerana kita tak bersedia."

Dan sejarah telahpun mengajar kita. Salahudeen Ayubi sendiri pun tak menawan semula al-Quds tanpa bekalan perancangan rapi. Tidak dengan strategi yang longgar.

Dan tanamlah dalam minda bahawa strategi pembebasan tanah Palestin kita, bergantung pada tahap spiritualisme, intelektualisme kita.

Betulkan mindset kita bahawa zionis itu lemah dan berpecah-belah.

Itu sebahagiannya psikologi, dan sebahagian lain, doa kita.

Kuatkan diri dan hati, kerana mereka bergantung pada kita.
video


kita,

selalu mengadu penat dan letih bila badan mulai lemah,


minta untuk berehat,


tapi,


'mereka',


tidak pernah letih dan penat untuk berjuang untuk Islam.




kita,


seringkali mengadu pada ibu bapa,


mengadu pada rakan2,


mengadu pada adik beradik bila ditimpa masalah,


tapi 'mereka',


tidak pernah ada peluang untuk mengadu pada ibu bapa,


tidak pernah ada masa untuk mengadu pada abang dan kakak,


tidak pernah sempat untuk mengadu pada rakan mereka,


bila mereka diserang, disiksa,


hanya Allah yang Maha Esa, tempat luahan semuanya.




bila kita ada masalah,


bila kita dihina, diejek, diumpat, dikeji,


kita menangis di sejadah,


bertanya pada Yang Kuasa,


"Ya Allah, mengapa aku diuji sebegini rupa?"


kita menyoal kembali pada Yang Esa, tentang ujian yang diberikanNya,


tapi 'mereka'?


tidak pernah berputus asa,


tidak pernah bertanya kembali mengapa keadaan mereka sedemikian rupa,


malah,


memohon pada Allah,


agar diberi kekuatan,


memohon supaya diselamatkan maruah Islam,


memohon supaya syahid di jalanNYa..




itulah 'mereka'...


walaupun diuji dengan keadaan begitu,


walaupun tiada makanan yang cukup,


walaupun tiada bekalan elektrik,


walaupun anak-anak kecil kehilangan ibu bapa,


walaupun disiksa oleh Yahudi,


'mereka' tetap tabah..




kita,


sebagai manusia yang lengkap dengan segala kemudahan,


perlu bersyukur,


kerana kita diuji dengan ujian yang sangat kecil..



janganlah kita mudah merungut,

janganlah kita mudah mengalah,


janganlah kita mudah berputus asa,


sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap perkara.....



mari kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk 'mereka',


kerana 'mereka' ialah saudara kita........



sama-sama kita bersyukur atas segala rahmat dan nikmatNya..

terima kasih ya Allah..

kepanasan isu adalah berkadaran terus dengan reaksi kita.,..kita??

"jom la kita keluar. gi santap je" aku cadang.
"ala, santap ke? nak mcD"
"santap laaa"
"takmo"
"santap corner le. aku tak pernah makan sana" aku bertegas.
"ok ok. santap"

selepas beberapa ketika..


"bawang-" sambil tu kentang dihulur.
"eh, makan la. aku takpe"
"amek la"
"haah, amek la ni. sian kau" sorang lagi sua.
"ni, amek yang aku punye. ada sos"
"takpe la. korang makan la"
"ala bawang. bukan kau bayar. kitorang yang bayar. amek la"
"em...haah ek. korang yang bayar. bukan aku kan"

***

agak-agak, apa jadik lepas tu?
kisah penuh
________________________________________________________________

dialog diatas dipotong daripada blog rakan sekolah lama ku di mrsm dahulu. alhmdulillah syukur kerana beliau masih lagi dapat bertahan dengan dugaan orang ramai. dugaan untuk membeli makanan dari tempat yang tidak sepatutnya. *syaitan longlai hampa*

rakan ku itu mungkin antara ummah yang masih bertahan. tapi kenyataannya? wallahualam.. ku harap ramai lagi yang terus memboikot dan tidak berhenti. dan tidak jadi seperti segelintir orang yang hangat hangat tahi ayam. awal awalnya, fuh, berkobar. jihad lah apa lah katanya. alih alih, sekarang ini sudah berubah. mohon moga kita tidak jadi sebegini dan mereka juga akan kembali tidak membeli produk tidak sepatutnya.

nampak biasa kan kan kan??? tapi tidak! kita buat seolah olah isu palestin ni macam isu hiburan. ada pasang surut. mana boleh begitu sahabat. ini bukan isu hiburan yang ada turun naiknya. kita kenalah perjuangkan selama lamanya, untuk saudara seislam kita. seperti Rasulullah yang sampai dah nak wafat ingat lagi ummatnya, kita kenalah juga ingat saudara seislam kita. selama lamanya. bukan waktu isu tengah panas sahaja ingat dan boikot.

bayangkan ye. ekonomi ummat Islam ni besar. berbillion. kalau semua boikot produk mereka, fuhhh, mana lah boleh tahan. lagi lagi yang buka kat negara Islam. mesti tak laku dan gulung tikar. tapi semua ini boleh terjadi hanya dengan kita semua bersatu! muslimeen united. (3:103) kalau kita semua beli pula, bayangkan mekdee sahaja. sehari, 40k rakyat malaysia beli minimum rm5. itu dah 200k. sebulan dah 6juta. tak banyak pun, adalah dalam bom phosphorus je dia belikan untuk Israel. takde pape pun, paling kejam matilah 5-6 orang. dan masjid roboh. ye ke??

inilah tugas kita. MENYEDARKAN ORANG SEKELILING DAN MENASIHATI MEREKA. insya-Allah ada pahalanya. mungkin kecil usaha ini, tapi besar pada pandangan Allah. jangan kita lupa kisah bagaimana seekor burung yang berusaha bawa air semasa nabi Ibrahim dibakar. berjuang selamanya. dan janganlah pernah surut. kasihanilah saudara kita disana. jangan kata mekdee, nak makan sekali sehari pun susah. renung renung dan fikirkan. selamat beramal.

A child VS Israel soldierS






All your armies, All your fighters,

All your tanks and all your soldiers.
Against a boy holding a stone,

Standing there all alone.

In his eyes I see the sun,

In his smile I see the moon.

And I wonder I only wonder.

Who is weak and who is strong,

who is right and who is wrong.

And I wish I only wish.

That the truth has a tongue.

(Qasem Qasem, 2000)






mungkin ramai orang dah pernah tgk gambar ni... gmbar seorang kanak2 Palestin membaling batu ke arah kereta kebal milik zionis...
mungkin ada orang menganggap tindakan kanak2 ini, x rasional... ye la... baling batu bukannya dapat kalah kan tentera2 zionis yang lengkap bersenjata tu kn... tapi, saya percaya, ramai di kalangan kita x pernah fikir begitu... malah, sebenarnya, kita kagum dengan keberanian seorang manusia yang sangat muda itu... x takut pun dengan senjata2 hebat tentera2 Israel...

tapi, adakah kita kenal siapakah sebenarnya kanak2 lelaki di atas...

nama beliau ialah Faris Odeh... waktu ini, beliau baru berumur 15 tahun...mungkin, kat malaysia, waktu umur 15 tahun ni, kita tgh sebuk pikir pasal PMR kn...huhu... gambar ni diambil pada 29 Oktober 2000... waktu ni, tgh ada krisis hebat di Gaza... iaitu, semasa Al Aqsa Intifada...

faris, merupakan seorang remaja biasa...yang masih belajar...ada parents...ada siblings... tapi there's something that really extraordinary about him... his spirits...

waktu al Aqsa Intifada bermula di Palestin, sejak September 2000, faris mula skip kelas kerana dia akan join dalam gerakan tu... and, ble lme2 tu, guru besar dia start complained pasal dienye absence kat parents dia...so, parents dia pun tried nk halang fais dr join gerakan tu... mak faris, Anam, kata , Faris pernah dipukul sampai lebam2 oleh ayah dia, fayek, sebab faris join gerakan intifada tu...

pernah skali tu, dia kena kurung kat dlam bilik...tapi, dia lari ikut tingkap...dia endahkan hukuman yang dia akn terima daripada ayahnya...begitu kuat semangat dia untuk menentang tentera2 israel itu...

pernah juga,lepas makan malam, ayah faris ikat kaki dan tangan dia dan biarkan dia kat ats bumbung rumah ...tapi, bila tengah malam, ibu faris lepaskan dia, kerana dia sangat risau dan kesian kan faris...

walaupun, se drastik mana tindakan fayek untuk menghalang faris dari join gerakan intifada al aqsa, faris x pernah mengalah..malah, semangat dia semakin berkobar2... kerap kali, ibunya akn mencari faris di kawasan pertelingkahan dan akan menjumpainya, berdiri di barisan paling hadapan dan paling dekat dengan askar2 israel...

dalam the washington post, ibu faris berkata, " saya akan pergi mencari dia dalam 50 kali...pernah suatu hari, saya mencari dia sebanyak 3 kali...kadang2, semasa saya ingin makan tengh hari, beberapa kanak2 akan datang dang memberitahu saya faris di Karni lagi, membaling batu...dan saya bergegas akan mencari dia..."

"dia bukan ingin mencari populariti...malah, dia sangat takut sekiranya dia dirakam oleh mana2 tv dan ayahnya akn mengetahui tentang perbuatannya itu...jadi, dia sentiasa lari dari kamera...pada suatu hari,semasa saya bawa dia keluar dari satu pertempuran, saya beritahu dia, 'ok, kamu nak baling batu?baik...tapi, sekurang-kurangnya, soroklah di belakang sesuatu! kenapa kamu perlu berada di paling hadapan, lebih hadapn daripada kanak2 y lebih tua dari kamu?' dan faris akan berkata, 'saya x takut..'

namun, beberapa hari kemudian, di antara november 8 dan november 10, remaja yang begitu gigih berjuang ini, telah ditembak mati oleh tentera israel...ketika itu, sekumpulan anak muda Palestin sedang membaling batu ke arah tentera2 israel di Karni... seperti yang dilaporkan, ketika faris mengutip batu, dia telah ditembak mati di lehernya oleh tentera Israel itu... malah, mengikut kata rakan2 faris, mayat faris sangat rapat dengan sebuah kereta kebal israel,dan mereka terpaksa menunggu satu jam sebelum mereka berasa selamat untuk mengambil mayat faris dan dimuatkan ke dalam ambulans.. namun, sesampai di hospital, faris disahkan meninggal dunia...


ibu faris pernah berkata, 'orang2 palestin x pernah mempunyai zaman kanak2...bagaimana kamu ingin mengajar anak2 kamu tentang kebaikan semulajadi manusia jika apa yang mereka lihat hanyalah sikap manusia yang TERBURUK..'

media israel dan ahli2 politik israel mendakwa rakyat2 palestin menggunakan kanak2 sebagai "benteng pertahanan". namun mereka tidak pernah mendakwa bahwa kanak2 itu dibunuh oleh tentera2 mereka sendiri di jalan2 dan di bandar Palestin sendiri... seorang duta israel mendakwa dalam satu perdebatan bahawa kanak2 palestin dijadikan benteng perthanan... mereka diajar mengenai jihad... dan dia sangat2 tertanya2, bagaimana mungkinnya, seorang kanak2 yang begitu kecil boleh begitu membenci Israel...

sebenarnya, diplomat israel ini hanyalah ingin menyalahkan kematian kanak2 Palestin kepada ibu bapa mereka...

buat rakan2...

renungkanlah....