HUMANITY FOR PALESTINE

segalanya tentang palestin kita

ad

di mana hak mereka? ~latest news in Palestin.


ANGGOTA keluarga Hanoun membantah selepas diusir daripada kediaman mereka oleh anggota polis Israel di Baitulmaqdis.


Polis Israel usir 2 keluarga Palestin


ANGGOTA keluarga Hanoun membantah selepas diusir daripada kediaman mereka oleh anggota polis Israel di Baitulmaqdis.

Warga Yahudi duduki rumah dikosongkan

BAITULMAQDIS: Polis Israel semalam mengusir keluar dua keluarga Palestin daripada rumah mereka di kawasan Arab di timur Baitulmaqdis, selepas mahkamah menolak rayuan terhadap perintah pengusiran itu.

Sebilangan besar anggota polis bertindak mengusir mereka pada awal pagi di Sheikh Jarrah, salah sebuah kawasan perumahan sensitif yang paling dekat dengan Garisan Hijau, yang memisahkan timur dan barat Baitulmaqdis.


ANGGOTA polis Israel membantu keluarga Yahudi yang memasuki rumah rakyat Palestin yang baru diusir.


Rakyat Palestin berkenaan diusir bagi membolehkan keluarga Israel memasuki rumah itu, walaupun masyarakat antarabangsa menggesa Israel agar menghentikan semua kegiatan kependudukan di bumi Palestin yang diduduki.

Perintah pengusiran itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa bandar raya Baitulmaqdis memberi kebenaran bagi pembinaan kira-kira 20 unit rumah di kawasan berkenaan di Sheikh Jarrah, yang menimbulkan bantahan antarabangsa.

Konsulat Britain, yang turut ditempatkan di Sheikh Jarrah di samping misi asing lain, berkata ia 'terkejut' dengan tindakan Israel itu.

"Dakwaan Israel bahawa penempatan penduduk Yahudi ekstrim di kawasan perumahan lama Arab itu adalah perkara yang harus diadili mahkamah atau perbandaran tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan.
ANGGOTA polis Israel membantu keluarga Yahudi yang memasuki rumah rakyat Palestin yang baru diusir.

"Tindakan ini tidak selaras dengan keinginan Israel untuk mencapai kedamaian. Kami menggesa Israel agar tidak membenarkan ekstremis itu menetapkan agenda."

Keengganan Israel untuk mematuhi kehendak Washington dan menghentikan semua kegiatan kependudukan di timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua sekutu berkenaan meningkat pada tahap yang belum pernah dilihat selama beberapa tahun.

Projek perumahan Sheikh Jarrah itu akan dibina di tapak yang dikenali di kalangan rakyat Palestin sebagai Karm al-Mufti, yang pada satu masa dulu dimiliki mufti besar Baitulmaqdis, Amin al-Husseini, dan pada 1985 dibeli oleh jutawan Amerika, Irving Moskowitz.

Moskowitz sebelum ini pernah membiayai projek kependudukan di Tebing Barat, termasuk di timur Baitulmaqdis.

Duta Israel di Washington, Michael Oren, dipanggil oleh Jabatan Negara bulan lalu dan dimaklumkan bahawa projek berkenaan perlu dihentikan.

Israel menawan timur Baitulmaqdis dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian memperbesarkannya, tindakan yang tidak direstui masyarakat antarabangsa.

Negara Yahudi itu melihat Baitulmaqdis sebagai ibu negara yang 'kekal dan tidak berbelah bagi' dan tidak menganggap pembinaan di timur Baitulmaqdis sebagai kegiatan kependudukan. � AFP

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20090803013740/Article/index_html


_____________________________________________________________________

di manakah hak mereka? sedangkan dihalau dari rumah sendiri.
di mana mereka mahu berlindung?
tempat sendiri diambil. tanah sendiri dihalau.

bayangkan pada suatu pagi, anda sedang bersama keluarga anda.
anda bangun dari tidur, bersyukur masih lagi boleh tidur lena di katil yang empuk.
bersama keluarga di sisi.
kemudian, anda duduk makan sarapan bersama-sama.
sambil bertanya khabar anak-anak anda.
berbual sambil gelak tawa.
bersyukur masih ada lagi tempat untuk memasak dan meluangkan masa bersama anak.

tiba-tiba, pintu rumah anda diketuk.
disangka penjual surat khabar, rupa-rupanya manusia yang tidak diundang.
menghalau anda dengan tegas.
tanpa sebarang perancangan hidup, ke manakah anda akan pergi?
benarkah ini berlaku?
dalam sekelip mata, anda sudah tidak berumah.
rumah ada,tp bukan lagi milik anda.

anak-anak anda melihat dengan hairan.
bagaimana anda mahu terangkan pada mereka?
fahamkah mereka?

rumah yang anda diami bersama keluarga begitu lama.lesap.
hilang.
banyak memori indah terkubu begitu sahaja.
sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda tinggal di jalanan??
bagaimana perasaan anda, begitulah perasaan mereka, rakyat Palestin.

0 comments: