HUMANITY FOR PALESTINE

segalanya tentang palestin kita

ad

21 OGOS



Genap 40 tahun lampau, Masjid al-Aqsa dibakar Michael Dennis Rohan. Sengaja pada hari itu pasukan tentera Israel menutup saluran paip air menuju ke sana agar agenda pembakaran berjalan lancar. Malah, pasukan bomba dan warga Arab dihalang untuk memasuki masjid suci yang ketiga di hati umat Islam itu. Walhasil, mahkamah yang didalangi Zionis melakukan sandiwara lucu apabila Michael Rohan yang merupakan seorang doktor telah dibebaskan atas alasan dia gila. OIC pula ditubuhkan sebagai reaksi kepada peristiwa hitam itu. Pelbagai resolusi terus dikeluarkan namun ia hanya tinggal di atas kertas. Sudah tentu, apa guna menubuhkan persatuan yang mengumpulkan angka-angka kosong?

Hari ini, HAMAS makin mendapat tempat di hati majoriti penduduk Bumi. Perjuangan mereka bukan karena reaksi atas peristiwa semata, tapi menjalar ke akar umbi. Semuanya karena la ilah illa Allah. Lalu, sistem yang tersusun dan berterusan dibina. Di mata dunia, mereka bermula dengan kelab sukan. Padahal, HAMAS menjadi bukti kepada keberkesanan sistem usrah.

Sama seperti HAMAS yang mulanya tidak dikenali ramai, sistem usrah kita juga pasti akan terus kuat. Karena, sistem usrah kita terus-menerus menghasilkan manusia yang tidak punyai kepentingan diri. Lantas, darah dan harta dipertaruhkan. Ya, perasaan dan kesanggupan ini tidak dapat difahami mereka-mereka yang hanya duduk berehat di rumah atau yang hanya mengejar kekayaan dalam bisnes atau yang hanya punyai cita-cita seputar individualistik. Sedangkan, ar-rahatu lir-rijal ghaflah. Rehat bagi kita adalah suatu bentuk kelalaian. Na’uzubillah.

Hari ini, kita bukan mahu menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza. Tapi hari ini, sempena hari al-Quds, kita mahu lebih yakin bahawa esok Islam pasti menang, melebihi yakinnya kita untuk punyai kesempatan bernafas pada detik seterusnya.

[sumber: elbaeraqy.co.cc]

Allahumma harrir qudsana wa ja’alna min junudit tahrirYa Allah Ya Tuhan kami, bebaskanlah al-Quds kami, dan jadikan kami daripada pejuang pembebasan itu.

0 comments: