HUMANITY FOR PALESTINE

segalanya tentang palestin kita

ad

hari al-quds sedunia

Bagi pelajar KMB, hari jumaat ini, ataupun bersamaan 21 ogos 2009, merupakan hari semua pelajar dapat pulang ke kampung dan juga rumah masing-masing. Berapa ramaikah yang sedar bahawa jumaat ini merupakan hari memperingati al-quds sedunia? Malah bukan sahaja pelajar KMB tetapi, saya yakin ramai lagi rakyat Malaysia tidak tahu tentang peristiwa yang berlaku pada 21 ogos.

Pada 21 ogos 1969, seorang zionis warga Australia yang bernama Dennis Michael Rohan telah membakar masjid Al-Aqsa. Peristiwa tersebut pasti membuakkan rasa kemarahan semua umat Islam, namun mereka perlu akur kerana itulah yang mereka perlu hadapi apabila Israel mula menghuni Palestine. Paling ironinya, zionis yang kejam itu, tidak dihukum atas alasan dia mengalami masalah mental atau kononnya gila.

Bagi umat Islam, kenyataan ini amat sukar untuk diterima kerana masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama kita dan juga tanah suci ketiga dalam Islam. Tambahan pula, keperitan lebih terasa apabila rakyat Palestin ditindas di negara mereka sendiri. Mereka diseksa, dihalau keluar, dizalimi, dibunuh, dipenjarakan, mereka dilayan seolah-olah nyawa mereka tidak berharga.

Maka, bukan sahaja umat Islam, tetapi semua orang yang mementingkan kemanusiaan, marilah sama-sama kita memperingati hari al-quds sedunia dengan membuat beberapa perkara berikut

1. Memberi tahu saudara-mara, sahabat tentang hari ini agar dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia

2. Mendoakan, membuat solat hajat agar Allah sentiasa melindungi masjid Al-Aqsa dan juga rakyat palestin

3. kita juga boleh membuat refleksi terhadap diri sendiri dan bertanya kembali kepada diri kita, "sejauh mana kita membantu rakyat palestin di sana?"

sekian, wasalam.

0 comments: