HUMANITY FOR PALESTINE

segalanya tentang palestin kita

ad

apa yang kita dapat bila kita perjuangkan palestin?



Bayangkan situasi ini;

Anda merupakan seorang speaker yang jitu untuk isu-isu palestin dan kegilaan regim zionis saban hari.

Semangat dalam dada membara-bara tika anda melaungkan "Free, free Palestine!", "Free, free Palestine", "Khaybar, khaybar ya Yahud, Jaisyu Muhammad saufa ya'ud", atau "Khaybar-khaybar ya Zionis, jaisyu Muhammad saufa ya'ud!" di hadapan orang ramai.

Sedang asyik anda bersemangat meniupkan semangat jihad dalam lubuk hati setiap yang mendengar, tiba-tiba berdiri seorang individu-yang rautnya kelihatan macam tak puas hati- dan bertanya dengan suara yang agak kasar;

"Apa yang aku dapat kalau aku perjuangkan palestin?"

Apa yang akan anda lakukan?

***
Jika situasi itu berlaku, usah melenting dulu. Tetapkan senyuman dulu dan maintain kool. =)

Sebab kita mungkin boleh berceramah pagi-petang-siang-malam tentang seerah palestin, sebab-sebab mengapa kita perlu memperjuangkan palestin, tapi akhirnya semuanya bergantung pada Allah. Hidayah itu milikNya. Dan Dialah yang membolak-balikkan hati manusia.

Maka, apa yang boleh anda buat dalam situasi itu ialah:


1. Bersangka baik.

Walau sekasar manapun pertanyaan itu, walau seganas manapun raut wajahnya, anggapkan itu sekadar persepsi peribadi anda. Senyumlah seindah suria dan anggaplah bahawa individu itu ikhlas dalam pertanyaannya. =)

Sebab, bayangkan kalau kita terus bengang dan cuba menyimbah api dengan minyak, alamat meletuplah jawabnya!

2. Jadi profesional.

Kita, yang dipilih untuk mendokong tanggungjawab memperjuangkan kebebasan Palestin sekali-kali tak seharusnya bersifat ala zionis yang sewenang-wenangnya melakukan kekasaran baik percakapan mahupun perbuatan.

Sesungguhnya, kita tentu tak nak dilihat dan dilabel sebagai pengikut yang membabi-buta, yang cuma pandai terjerit-jerit kosong kan?

Maka, salah satu opsyen yang saya dapat fikirkan ialah dengan bertindak profesional-atau senang kata- maintain kool. =)

Bentangkan hujah (kefahaman) kita dengan tambahan logik dan empati kerana kedua-duanya ini mudah diterima berbanding poin-poin yang beku semata. (ini dapat dilihat melalui pendekatan ISK yang boleh saya kira berkesan).

3. Faham bahawa Faith(keyakinan) dan Reason(logik) itu boleh bersepadu.

Manusia juga terdiri daripada golongan yang perlu diberitakan akan ganjaran (faedah) dan azab (akibat) melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Sesetengahnya cenderung untuk dimotivasikan hasil Ganjaran yang akan diberikan padanya, manakala sesetengah yang lain lebih cenderung pada gerun dan gentar akan Azab yang mungkin menimpa dirinya.

Terpulang kepada kebijaksanaan diri kita untuk mengawal situasi dan kondisi itu.

***

Maka selepas itu barulah kita boleh cuba terangkan satu-persatu perihal apa, mengapa dan bagaimana bentuk perjuangan kita ini sebenarnya mengikut kefahaman kita.

Sebelum, semasa dan selepas kita berikan yang terbaik untuk agama kita itu-sepanjang masa- serahkanlah kebergantungan kita hanya kepadaNya. Kerana hubungan kita dengan manusia, berkait sangat rapat dengan hubungan kita dengan Pencipta.

Allahu'alam.

p/s jawapan kepada persoalan, akan dirungkaikan dalam entri baru mengikut kefahaman penulis jika diberi kesempatan lain hari, biiznillah. Tapi mungkin anda boleh melihat jawapan itu pada sudut yang lebih kreatif, maka fikir-fikirkanlah jawapannya. =)

*pendekatan penulis dalam entri ini ialah bersifat peribadi dan masih sedang cuba dipraktikkan oleh dirinya sendiri. ia bukanlah satu-satunya solusi yang ada.

1 comments:

dr.corona0810 said...

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia." - Panglima Perang Islam Salahudin Al Ayubi -