Tika hari semakin senja,
Langit menampakkan kegelapannya,
Semesta alam bermuram durja
turut bersedih,
Matahari yang akan terbenam,
Seperti ingin membiarkan aku dalam kegelapan,
Tercari-cari...
Aku ingin meminta maaf,
Aku hanya mampu berdoa berlagu hiba,
Dikala dirimu derita hiba,
Diserang bertalu-talu Israel dan sekutunya,
Aku hanya penglipur lara,
Yang mampu berharap...
Engkau adalah lagu yang terindah,
Maafkan aku,
Kerana tidak mampu menjadi melodi,
Melodiku buat lagu yang indah,
Hanya membuatkan hati menjadi gundah.
Enkau adalah cerita yang hebat,
Maafkan aku,
Kerana tidak mampu menjadi skrip,
Skripku kepada cerita yang hebat,
Hanya membuat orang berasa kelat.
Dan engkau adalah sketsa yang menarik,
Maafkan aku,
Kerana tidak mampu menjadi pentas,
Pentasku buat sketsa yang menarik,
Hanya membuatkan penonton jelik.
Maafkanku atas kelemahan-kelemahan ini,
Namun aku tetap berusaha,
Supaya rabbul alamin kan memakbul segala kiriman doa,
Membaiki melodi, kertas dan pentasku,
Memenuhi hasratmu,
Suatu hari nanti.
dedikasi buat sekian ramainya yang memperjuangkan nasib palestin melalui tinta pena dan suara. :)
1 comments:
sekurang-kurangnya
kita telah berusaha.
terima kasih
cukup bermakna.
Post a Comment