HUMANITY FOR PALESTINE

segalanya tentang palestin kita

ad

21 OGOS



Genap 40 tahun lampau, Masjid al-Aqsa dibakar Michael Dennis Rohan. Sengaja pada hari itu pasukan tentera Israel menutup saluran paip air menuju ke sana agar agenda pembakaran berjalan lancar. Malah, pasukan bomba dan warga Arab dihalang untuk memasuki masjid suci yang ketiga di hati umat Islam itu. Walhasil, mahkamah yang didalangi Zionis melakukan sandiwara lucu apabila Michael Rohan yang merupakan seorang doktor telah dibebaskan atas alasan dia gila. OIC pula ditubuhkan sebagai reaksi kepada peristiwa hitam itu. Pelbagai resolusi terus dikeluarkan namun ia hanya tinggal di atas kertas. Sudah tentu, apa guna menubuhkan persatuan yang mengumpulkan angka-angka kosong?

Hari ini, HAMAS makin mendapat tempat di hati majoriti penduduk Bumi. Perjuangan mereka bukan karena reaksi atas peristiwa semata, tapi menjalar ke akar umbi. Semuanya karena la ilah illa Allah. Lalu, sistem yang tersusun dan berterusan dibina. Di mata dunia, mereka bermula dengan kelab sukan. Padahal, HAMAS menjadi bukti kepada keberkesanan sistem usrah.

Sama seperti HAMAS yang mulanya tidak dikenali ramai, sistem usrah kita juga pasti akan terus kuat. Karena, sistem usrah kita terus-menerus menghasilkan manusia yang tidak punyai kepentingan diri. Lantas, darah dan harta dipertaruhkan. Ya, perasaan dan kesanggupan ini tidak dapat difahami mereka-mereka yang hanya duduk berehat di rumah atau yang hanya mengejar kekayaan dalam bisnes atau yang hanya punyai cita-cita seputar individualistik. Sedangkan, ar-rahatu lir-rijal ghaflah. Rehat bagi kita adalah suatu bentuk kelalaian. Na’uzubillah.

Hari ini, kita bukan mahu menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza. Tapi hari ini, sempena hari al-Quds, kita mahu lebih yakin bahawa esok Islam pasti menang, melebihi yakinnya kita untuk punyai kesempatan bernafas pada detik seterusnya.

[sumber: elbaeraqy.co.cc]

Allahumma harrir qudsana wa ja’alna min junudit tahrirYa Allah Ya Tuhan kami, bebaskanlah al-Quds kami, dan jadikan kami daripada pejuang pembebasan itu.

hari al-quds sedunia

Bagi pelajar KMB, hari jumaat ini, ataupun bersamaan 21 ogos 2009, merupakan hari semua pelajar dapat pulang ke kampung dan juga rumah masing-masing. Berapa ramaikah yang sedar bahawa jumaat ini merupakan hari memperingati al-quds sedunia? Malah bukan sahaja pelajar KMB tetapi, saya yakin ramai lagi rakyat Malaysia tidak tahu tentang peristiwa yang berlaku pada 21 ogos.

Pada 21 ogos 1969, seorang zionis warga Australia yang bernama Dennis Michael Rohan telah membakar masjid Al-Aqsa. Peristiwa tersebut pasti membuakkan rasa kemarahan semua umat Islam, namun mereka perlu akur kerana itulah yang mereka perlu hadapi apabila Israel mula menghuni Palestine. Paling ironinya, zionis yang kejam itu, tidak dihukum atas alasan dia mengalami masalah mental atau kononnya gila.

Bagi umat Islam, kenyataan ini amat sukar untuk diterima kerana masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama kita dan juga tanah suci ketiga dalam Islam. Tambahan pula, keperitan lebih terasa apabila rakyat Palestin ditindas di negara mereka sendiri. Mereka diseksa, dihalau keluar, dizalimi, dibunuh, dipenjarakan, mereka dilayan seolah-olah nyawa mereka tidak berharga.

Maka, bukan sahaja umat Islam, tetapi semua orang yang mementingkan kemanusiaan, marilah sama-sama kita memperingati hari al-quds sedunia dengan membuat beberapa perkara berikut

1. Memberi tahu saudara-mara, sahabat tentang hari ini agar dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia

2. Mendoakan, membuat solat hajat agar Allah sentiasa melindungi masjid Al-Aqsa dan juga rakyat palestin

3. kita juga boleh membuat refleksi terhadap diri sendiri dan bertanya kembali kepada diri kita, "sejauh mana kita membantu rakyat palestin di sana?"

sekian, wasalam.


Tentera Israel berjaya melengkapkan siri ujian ke atas sistem pertahanan baru kereta kebal Merkava IV. Mereka mendakwa bahawa sistem baru itu mampu memintas dan memusnahkan peluru anti-kereta kebal yang berada dalam jarak yang jauh dari kereta kebal terbabit.

Sistem baru itu dikatakan merupakan yang tercanggih di dunia kerana kemampuannya memintas peluru walaupun kereta kebal terbabit sedang bergerak.

Ujian tersebut dilakukan dengan melancarkan peluru anti-kereta kebal, roket dan beberapa senjata peperangan yang lain. Sistem tersebut berjaya mengesan, memintas serta memusnahkan peluru berpandu dan senjata-senjata lain yang disasarkan kepadanya.

pelbagai usaha yang mereka cuba lakukan untuk menentang saudara kita.

tetapi, sedarkah kita bahawa mereka lah sedang dalam ketakutan sebenarnya.

sama-sama kita berdoa agar saudara kita di sana tabah dan cekal hadapi dugaan.

doa itu senjata kita.

.:: al-BAqarah : 186 ::.

~Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu
(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apebila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran~

Perancangan Palestin


Banyak yang dalam fikiran untuk perjuangan Palestin di KMB sepanjang tahun ni.

Namun, atas kelemahan diri sendiri yang kurang bijak mengambil peluang atas masa yang berbaki di KMB, segalanya asyik dipinda ke hari yang lain.

Antaranya;

1. A Night of Hope.

Program malam amal kesenian untuk Palestin kolaborasi dengan MPAC KMB. Cadangan tarikh 14 Ogos, Friday Night Live. Namun atas surprise cuti H1N1, mungkin terpaksa ditunda lewat sikit untuk kesempurnaan persembahan. Allahu'alam, muga2 dapat dilaksanakan secepat mungkin.

2. Roadshow Palestin

Program kempen Selamatkan Palestin dan Boikot Israel. Roadshow, segalanya tentang palestin dengan konsep iras Ekspo Dunia Islam (EDI) KMB 09. Sudahpun berbincang dengan pihak penganjur, Haluan Palestin, namun memerlukan tarikh yang sesuai. Sangat susah ye nak cari tarikh yang fit untuk semua budak2 KMB nih. Astaghfirullah al azeem..

3. Lobi Boikot Coca-cola dan produk boikot utama yang berkaitan di Koperasi KMB.

Petisyen untuk menyokong pemboikotan produk boikot di Koop KMB. Sangat memerlukan kefahamana akan kewajiban boikot dan sokongan dari warga KMB seluruhnya untuk menjayakannya.

Ini antara perancangan terdekat HOPE di KMB. Tak lupa, pelantikan pewaris perjuangan Palestin HOPE di KMB inshaAllah dalam minggu pertama naik cuti ni!

Muga2 kehadiran kalian dapat membantu dan melancarkan lagi perjuangan kita!

"you guys are their future hopes"

=)

Oh ya, menjelang Ramadan ni, marilah kita sama-sama meningkatkan iman dan amal kita bersama-sama dalam madrasah tarbiyyah yang paling mantop ini!

Satu benda yang kita kena faham, walau macam mana pun nama Humanity of Palestine itu dicorakkan, in the end, perjuangan pembebasan Palestin kita itu bergantung ultimately pada iman dan aqida kita;

Rabbaniyyah kita; dependence kita pada Al-Khaliq dalam memberikan kemenangan dalam perjuangan kita nih.

Maka, sama-samalah kita berusaha kuat meningkatkan mutu iman dan amal kita!^^

di mana hak mereka? ~latest news in Palestin.


ANGGOTA keluarga Hanoun membantah selepas diusir daripada kediaman mereka oleh anggota polis Israel di Baitulmaqdis.


Polis Israel usir 2 keluarga Palestin


ANGGOTA keluarga Hanoun membantah selepas diusir daripada kediaman mereka oleh anggota polis Israel di Baitulmaqdis.

Warga Yahudi duduki rumah dikosongkan

BAITULMAQDIS: Polis Israel semalam mengusir keluar dua keluarga Palestin daripada rumah mereka di kawasan Arab di timur Baitulmaqdis, selepas mahkamah menolak rayuan terhadap perintah pengusiran itu.

Sebilangan besar anggota polis bertindak mengusir mereka pada awal pagi di Sheikh Jarrah, salah sebuah kawasan perumahan sensitif yang paling dekat dengan Garisan Hijau, yang memisahkan timur dan barat Baitulmaqdis.


ANGGOTA polis Israel membantu keluarga Yahudi yang memasuki rumah rakyat Palestin yang baru diusir.


Rakyat Palestin berkenaan diusir bagi membolehkan keluarga Israel memasuki rumah itu, walaupun masyarakat antarabangsa menggesa Israel agar menghentikan semua kegiatan kependudukan di bumi Palestin yang diduduki.

Perintah pengusiran itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa bandar raya Baitulmaqdis memberi kebenaran bagi pembinaan kira-kira 20 unit rumah di kawasan berkenaan di Sheikh Jarrah, yang menimbulkan bantahan antarabangsa.

Konsulat Britain, yang turut ditempatkan di Sheikh Jarrah di samping misi asing lain, berkata ia 'terkejut' dengan tindakan Israel itu.

"Dakwaan Israel bahawa penempatan penduduk Yahudi ekstrim di kawasan perumahan lama Arab itu adalah perkara yang harus diadili mahkamah atau perbandaran tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan.
ANGGOTA polis Israel membantu keluarga Yahudi yang memasuki rumah rakyat Palestin yang baru diusir.

"Tindakan ini tidak selaras dengan keinginan Israel untuk mencapai kedamaian. Kami menggesa Israel agar tidak membenarkan ekstremis itu menetapkan agenda."

Keengganan Israel untuk mematuhi kehendak Washington dan menghentikan semua kegiatan kependudukan di timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua sekutu berkenaan meningkat pada tahap yang belum pernah dilihat selama beberapa tahun.

Projek perumahan Sheikh Jarrah itu akan dibina di tapak yang dikenali di kalangan rakyat Palestin sebagai Karm al-Mufti, yang pada satu masa dulu dimiliki mufti besar Baitulmaqdis, Amin al-Husseini, dan pada 1985 dibeli oleh jutawan Amerika, Irving Moskowitz.

Moskowitz sebelum ini pernah membiayai projek kependudukan di Tebing Barat, termasuk di timur Baitulmaqdis.

Duta Israel di Washington, Michael Oren, dipanggil oleh Jabatan Negara bulan lalu dan dimaklumkan bahawa projek berkenaan perlu dihentikan.

Israel menawan timur Baitulmaqdis dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian memperbesarkannya, tindakan yang tidak direstui masyarakat antarabangsa.

Negara Yahudi itu melihat Baitulmaqdis sebagai ibu negara yang 'kekal dan tidak berbelah bagi' dan tidak menganggap pembinaan di timur Baitulmaqdis sebagai kegiatan kependudukan. � AFP

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20090803013740/Article/index_html


_____________________________________________________________________

di manakah hak mereka? sedangkan dihalau dari rumah sendiri.
di mana mereka mahu berlindung?
tempat sendiri diambil. tanah sendiri dihalau.

bayangkan pada suatu pagi, anda sedang bersama keluarga anda.
anda bangun dari tidur, bersyukur masih lagi boleh tidur lena di katil yang empuk.
bersama keluarga di sisi.
kemudian, anda duduk makan sarapan bersama-sama.
sambil bertanya khabar anak-anak anda.
berbual sambil gelak tawa.
bersyukur masih ada lagi tempat untuk memasak dan meluangkan masa bersama anak.

tiba-tiba, pintu rumah anda diketuk.
disangka penjual surat khabar, rupa-rupanya manusia yang tidak diundang.
menghalau anda dengan tegas.
tanpa sebarang perancangan hidup, ke manakah anda akan pergi?
benarkah ini berlaku?
dalam sekelip mata, anda sudah tidak berumah.
rumah ada,tp bukan lagi milik anda.

anak-anak anda melihat dengan hairan.
bagaimana anda mahu terangkan pada mereka?
fahamkah mereka?

rumah yang anda diami bersama keluarga begitu lama.lesap.
hilang.
banyak memori indah terkubu begitu sahaja.
sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda tinggal di jalanan??
bagaimana perasaan anda, begitulah perasaan mereka, rakyat Palestin.