HUMANITY FOR PALESTINE

segalanya tentang palestin kita

ad

Pengenalan

Humanity for Palestine atau HOPE Kolej Mara Banting merupakan sebuah badan pelajar yang ditubuhkan bagi memperjuangkan kebebasan tanah suci Palestin.

Kami melihat isu Palestin-Israel menerusi dua sudut pandangan yang utama iaitu Hak Asasi Manusia (Human Rights) dan Kepercayaan (Faith).

Di Malaysia, kita jarang sekali dapat melihat penglibatan atau suara non-Muslim dalam membincangkan isu Palestin. Hal ini adalah berpunca daripada kegagalan mereka (dan umat Islam sendiri) dalam melihat dan mewar-warkan bahawa isu ini bukanlah milik umat Islam sahaja.

Justeru, kami percaya bahawa isu Palestin ini bukan bersifat eksklusif kepada orang Islam, tetapi ia merupakan suatu isu antara Penindas (Oppressor) dan Yang Ditindas (Opressed). Isu ini juga merupakan suatu pencabulan kepada hak asasi sebagai rakyat Palestin dan hak kebebasan beragama itu sendiri.

Maka, dengan itu HOPE ditubuhkan. Visi kami ialah untuk membentuk satu gerakan revolusi pemuda, [pelajar dan mahasiswa] yang akan memperjuangkan kebebasan Palestin.

Setakat ini, kami telahpun berbincang dengan Kolej Mara Seremban dan Kolej Yayasan UEM untuk menubuhkan kelab Palestin di kolej masing-masing. Kami mengharapkan agar lebih banyak kolej dan universiti akan turut bersama dalam usaha kami.

:)

Aktiviti yang akan dianjurkan termasuklah Training for Trainers (TOT) yang akan melatih pelajar untuk melihat dan membincangkan isu Palestin menerusi pelbagai sudut.

Selain itu, kami juga berazam untuk membudayakan Palestin dengan usaha berterusan menerusi penerbitan buletin, blog, seminar, ceramah, tayangan multimedia dan kempen-kempen yang menarik dan unik.

Hubungan jangka masa panjang juga akan dibina antara HOPE dan badan penggerak Palestin seperti Aman Palestin dan PACE Malaysia. Setakat ini, HOPE sedang dalam proses berurusan untuk dijadikan sebagai Anak Angkat badan-badan tersebut bagi memudahkan urusan anjuran aktiviti.

Maka dengan itu, kami berharap agar para pelajar dan mahasiswa universiti di seluruh Malaysia dapat memberikan sokongan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Wujudkan revolusi pelajar untuk Palestin!

:D

4 comments:

Yard said...

Smoga berjaya
da la hope reject ak
ha3

crixerity said...

waaah...satu tindakan yang menarik..
bagus2!!
mogakan terus berjaya..
jom semua promote blog nih!!
hehe...

aiN_z said...

sokong hope di kmbieeee
:)
yard, anda tdk dreject. kte sume 'hope'
:D

iskandar said...

All the best to HOPE!!!