HUMANITY FOR PALESTINE

segalanya tentang palestin kita

ad

Kerinduan seorang ibu...


Fatima Azzak (gambar di atas) merupakan seorang wanita Palestin yang dipenjarakan sejak dua tahun yang lalu atas tuduhan yang kononnya beliau terlibat dalam rancangan satu pengeboman manusia di Israel... wanita yang merupakan ibu kepada 8 orang cahaya mata ditangkap ketika beliau sedang mengandungkan anaknya yang ke-9... kini, beliau dipenjarakan bersama-sama anaknya yang sudah mencapai umur satu tahun di Penjara Telmond Hashron Israel... 

Bayangkan, selama 2 tahun dipenjara, beliau tidak pernah dibenarkan untuk menerima lawatan daripada ahli-ahli keluarga, dan bahkan tidak langsung membenarkan dirinya untuk mengirim surat atau menerima sebarang surat daripada ahli keluarganya..apakah signifikan larangan Israel itu???

suaminya, Muhammad Azzak, yang menjaga 8 orang anaknya di Gaza,  memberitahu bagaimana dia tidak pernah dibenarkan bertemu isterinya dan anak nya, Yousuf, yang dilahirkan di dalam penjara sejak setahun yang lalu..malah, dia dan anak-anaknya tidak dibenarkan langsung untuk melawat isterinya di penjara milik Zionis itu sejak isterinya di penjarakan oleh tentera Israel...

ketika lawatan seorang peguam Prisoners' Center ke penjara itu, Fatima Azzak meluahkan hasrat dirinya yang ingin bertemu anak-anaknya di Gaza... malah, Fatima turut berharap isu lawatan ahli keluarga terhadap ahli penjara di penjara-penjara Israel dapat dibangkitkan...

beliau turut menyatakan bagaimana sengsaranya kehidupan wanita-wanita Gaza yang dipenjarakan di situ... mereka hidup dalam keadaan yang sangat menderita... ini semua kerana sikap pentingkan diri pihak atasan di penjara itu yang sikit tidak langsung mengendahkan keperluan asas mereka... walaupun keperluan-keperluan itu adalah yang dihantar oleh ahli keluarga atau saudara-mara...

dimana kelogikan larangan2 ini yang membelengu setiap penghuni2 "bilik besi" milik Zionis ini... 

apakah wajar membiarkan seorang ibu terperangkap dalam kerinduan yang cuba disekat oleh pihak-pihak yang begitu buta hati ini... 

bayangkan kehidupan seorang bayi lelaki yang belum pernah bertemu ayah kandungnya sejak dia dilahirkan... 

hanya mereka yang masih mempunyai nilai-nilai kemanusiaan akan peka bertapa pengtingnya isu ini... 

sekian...

0 comments: