HUMANITY FOR PALESTINE

segalanya tentang palestin kita

ad

Ukhuwah Fillah :))


"Ya Akhi."

Hm?

"Sejuk."

Ku melihat Rijal yang sedang tidur atas pahaku menggigil,
giginya bergetar, jelas kedengaran pada pagi yang hening ini.
Bajunya basah lencun, rambut melekat pada ubun kepala,
dek bermandikan hujan lebat tatkala mendaki Bukit Keledang.

Mengigau rupanya budak.
Allah Allah.
Comel la pulak, ish.

"Sat ya," aku bisik halus.

Zip sweater aku ditanggal perlahan-lahan.
Dan dibalut tubuh Rijal dengan lemah lembut,
berhati-hati tidak mengejutkannya.

Tiba-tiba,
tubuhnya bergerak.

Eh, tolonglah jangan terjaga.
Tolonglah tolonglah.
Aku berdoa dalam diam.
Fuh fuh fuh.

"JazakAllah, ya Akhi.", bibirnya membisikkan, sambil mengukir satu senyuman nipis. Matanya masih tertutup rapat.

Hatiku terasa tenang melihat wajah sahabatku.
Terasa cinta akannya.

Barangkali,
inilah ia.

Ukhuwah fillah yang dicari selama ni.

Terima kasih, ya Allah.
Aku cintakan Engkau,
dan aku cintakan saudaraku ini,
tidak dan tidak bukan,
kerna Engkau jua.

Moga Engkau redha akan dia dan aku.
Kini dan selamanya.

***

Tidak sama seorang kenalan, dengan seorang kawan.
Tidak sama seorang kawan, dengan seorang sahabat.
Dan tidak sama seorang sahabat dengan seorang saudara.

Ada beza, antara kenalan,
yang kita tiada mengenali hati budinya,
yang kita hanya mengetahui nama dan fizikalnya,
dengan seorang kawan,
yang kita tahu serba sedikit mengenainya.

Ada beza, antara seorang kawan,
yang kita tahu mengenai dia,
dengan seorang sahabat,
yang kita mengenalinya,
dan sentiasa bersamanya,
baik susah mahupun senang.
Hati budinya dan peribadinya,
sudah kita masak dan faham sungguh.

Dan ada beza jua,
antara seorang sahabat dengan seorang saudara,
di mana, seorang saudara,
akan kita cintai dengan sepenuh hati,
dan akan kita kasihi,
tanpa perlu sebarang sebab musabab.

Dan ukhuwah fillah itu,
sejenis madu,
yang hanya yang merasa,
dapat merasai.
Dan yang menyuap,
dapat disuap kembali.

Dan perlu diketahui jua,
yang ukhuwah fillah ini,
tiadalah semua mampu mengucapkannya,
dengan hatinya kembang kuncup,
mengeluarkan haruman semerbak kasturi,
melainkan insan-insan yang bergelar para Mukmin.

Sungguh,
ianya manis.
Dan ianya manis.
Hanya itu.

"Setiap Mukmin itu bersaudara."

-Al-Hujurat 49:10-

.............

Ukhuwah fillah abadan abada.

Benar,
amatlah menggembirakan,
apabila kita bersama,
bermain boling, menonton wayang,
berkaraoke hingga Subuh,
mengeteh hingga 2,3 pagi,
bergelak huha satu kampung boleh dengar,
bermain gitar, drum sampai pecah telinga,
pergi konsert melompat-lompat macam atlit buat star jump.
Sungguh, amatlah seronok.

Tapi,
apakah sama,
kemanisan persaudaraan,
yang dihiasi kefuturan,
dengan yang disulami keimanan?

Apakah sama,
cinta saudara,
yang berlandaskan al-Hawa,
berbanding yang at-Takwa?

Apakah sama,
hati yang bertaut,
kerna Syaitan musuh yang nyata,
dengan yang kerna Allah Tuhan engkau dan aku?

Tidak, wahai saudaraku.
Tidak sama sekali.

Kerna Allah telah memberitahu kita,
yang seorang saudara itu,
yang mengasihi antara satu sama lain,
hanyalah orang-orang Mukmin.

"Setiap Mukmin itu bersaudara."

-Al-Hujurat 49:10-

Persoalannya, cukup Mukminkah kita?
Cukup bersaudarakah kita?

***

Celikkah anda, wahai Rijal-rijal , wahai Nisa'-nisa'?

Ukhuwah Fillah Abadan Abada,

Imam Hasan al-Banna pernah berkata,
yang dimaksudkannya dengan ukhuwah adalah,
terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah.

Fillah pula bermaksud kerna Allah.
Maka, ukhuwah itu perlulah dilakukan kerna Allah,
erti kata lain, perlulah berlandaskan perintahNya.
Dan perlulah memenuhi sebab-musabab penciptaan kita,
iaitu menjadi Khalifah, dan Abid.

Abadan Abada itu pula selama-lamanya.
Dunia ini singkat.
Syurga itu selamanya.
Neraku jua selamanya.

Maka, pabila dikatakan Ukhuwah Fillah itu Abadan Abada,
maka perlulah jelas akan matlamat bersama,
iaitu ingin bertautan hati dan tangan,
bersama terbang dengan pantas ke Jannatul Firdausi.

Erti kata lain,
segala apa yang membawa ke Neraka,
itu benar abadan abada,
tapi tiadalah memenuhi Ukhuwah,
apatah lagi Fillah.

Dan segala apa yang membawa ke Syurga,
itulah Ukhuwah Fillah Abadan Abada.
Cinta yang sejati,
cinta yang kernaNya.
Cinta yang agung.

.......

Wahai Rijal-rijal Islam,
Wahai Nisa'-Nisa' Mukmin,

Cukuplah sudah.
Cukuplah sudah.
Cukuplah sudah.

Saban hari,
engkau berjumpa dengan insan yang engkau kasihi,
yang engkau gelar BFF, best friends forever,
dan engkau membawanya jauh daripada Al-Quran.
Engkau menghiasi masanya yang singkat dengan perkara-perkara yang tidak menambahkan imannya,
engkau membutakannya dengan hiburan duniawi.

Dan kemudian,
engkau mengatakan uhibbuki fillah.
Engkau katakan,

"Aku bersyukur Allah hadirkan engkau, ukhuwah fillah ini."

Cukup.
Sudah.

Tiba masanya untuk kita bangun,
dari mimpi yang lena.

Tiba masanya untuk kita bangkit,
menuju ke SyurgaNya.

Sudah tiba masanya,
untuk kita menjadi para Mukmin,
yang bersaudara.
Yang disebut-sebut dalam al-Quran,
kitab yang benar, dan dilindungi Allah sentiasa.

Ayuh,
kita bertemu dengan saudara kita,
dan bertanyakan akan amalannya.

Ayuh,
kita bertemu dengan sahabat kita,
dan bersama tajdid niat.

Ayuh,
kita bersua muka dengan teman kita,
dan bersama menghayati erti tajarrud.

Ayuh, kita duduk bersama kawan kita,
dan tadabbur al-Quran, yang diturunkanNya kepada kita.

Ayuh ayuh ayuh.
Ayuh kita bangkitkan Ummah.
Ayuh kita bakar himmah-himmah para Mujahid.
Ayuh kita hidupkan Al-Quran dalam hati para-para bakal Syuhada'.

Ayuh, saudaraku.

Bersama, kita kan terbang ke SyurgaNya.

Uhibbukum Fillah Abadan Abada.

Allah Ghayatuna.
Ar-Rasul Qudwatuna.
Al-Qur'an Dusturuna.
Al-jihad Sabiluna.
Al-mautu Fi Sabilillah Asma Amanina.

Allahu Allah!

Hwaiting!
Fi sabilillah!

Moga Allah redha.

Doa Qunut nazilah

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

-hope-

Mungkin lately selalu kita dengar imam baca doa ni kan ? especially semenjak mujahid mujahid palestina bertubi2 diasak yahudi laknatullah .

Ya Allah , bantulah mereka T_T

Sama2 kita hayati doa ni , faham , dan mula amalkan .
Moga bermanfaat insyaAllah . sama sama sebarkan !

Fastabiqul Khairat !

Ayuh Ummah , kita bangkit !

Realiti ummah


"Ya Akhi, jom. Kita ke McD sat?"

"Ish. Mana boleh. Kita kena boikot la. Kan dorang sokong Israel Laknatullah.
Dah la kita takleh ikut perang sana, nak bagi duit pun tak mampu.
Boikot takkanlah kita nak kalah gak?"
...

"Alaaa... Sekarang ni tengah ada free food give-away la. Kita ambillah banyak-banyak.
Kiranya kita membantu Palestin, kita rugikan McD tu. Biar si badut pembunuh tu merempat sorang-sorang kat bawah jambatan London lepas ni."

Erk.
Boleh pulak camtu?

...............

Wahai saudara-saudaraku sekalian,

Sedarkah anda sekalian,
akan propaganda yang sangat besar,
tapi sungguh halus menikam hati-hati kita.
Ia meracuni bukan hanya pemikiran kita,
tapi jua 'instestine-intestine' kita.

Shopping Malls selalu buat sales, buat events,
produk-produk selalu bagi minuman free, makanan free kat Giant, Tesco,
pasti kita pernah ambil kan.
Kalau boleh, tak nak satu je,
sampai sanggup angkut kain cilok mana-mana,
tutup muka kononnya berpurdah bagi menjaga maruah diri,
pi angkut sokmo ayor free tu.
Iyolah, free kan.
Sapo tak nak?
Nenek ambo pun ambik, yob.

Kenapa buat sesuatu yang tiada keuntungan?
Bahkan merugikan?
Takkan la tak pandai berniaga?

Sebab, sayang,
benda tu sebenarnya menguntungkan.
Ia sedang menyebarkan, sedang buat semua orang cakna akan kewujudannya.
It works as a promotion.

McD gives free food.
Kita makan.
Ada orang nampak.
Dia makan.
Orang lain nampak.
Orang lain tu makan gak.

The cycle goes on.

Dan ia takkan berhenti hanya pada free food tu.

Bila ada orang rasa,
eh, sedap lak McD yang free aritu,
takpela, beli sekali je ni.

Kalau dah beratus orang cakap camtu,
berapa cycle dah berlaku,
dan akan berlaku.

Dan harus diingati,
berapa cycle dosa kita?


Berapa puluh kali ganda dosa kita tu?

Jalan Mujahid mmg pahit.
Tapi jalan ke Neraka lagi pahit,
cuma ia bersulamkan gula-gula.

***

"Hurm, betul gak kan, ya Akhi. Tak nak makan la camtu."

"Alhamdulillah.", segaris senyuman terukir di wajahku. Fuh fuh fuh.

"Ya Akhi, kita pergi jugak la McD tu. Kita amek makanan free berguni-guni,
pastu kita bakau. Merugikan itu satu point.
Mempromosi kebencian kepada McD itu lima puluh point lima mata ganjaran tu.
Amacam? Tergodakah anda?"

Kaching!
Lighter dipetik.

Oh Badut Hidung Bolat Merah,
your time is near.
Mwehehehe

Sajak: Satu Penipuan Bernama Perdamaian



Aku masih ingat
Seluruh dunia terpaku
Menyaksikan satu perdamaian bersejarah
Antara dua bangsa berseteru
Kini mereka bersekutu
Untuk memecahkan masalah Al-Quds yang satu

Dijulanglah dua nama itu
Sebagai pahlawan-pahlawan perdamaian terbilang
Yang satu…
Dulu ketua gerombolan Irgun Zvai Leumi
Pembunuh Deir Yassin yang keparat itu
Yang satu lagi…
Mati terkapar ketika lintas hormat soldadu
Atas nama Islam beliau dihujani peluru

Sudah lama perjanjian Camp David itu
Pelarian masih menunggu
Perdamaian yang disambut dunia itu
Hairannya mereka masih di situ
Di khemah-khemah pelarian itu..

Setelah Camp David datang pula tawaran di Madrid
Kini bukan seorang Presiden yang masuk perangkap
Tetapi seluruh raja-raja Arab
Diumpan dengan kalimah ‘perdamaian’
Sehingga termeterailah satu persetujuan
Sekali lagi dunia meraikan kejayaan
Kononnya akan membawa keamanan
Pelarian tetap menunggu

Kata Israel…
Jangan sentuh soal pelarian..
Kita selesaikan masalah wilayah dulu
Peta dilakar di Oslo I, Oslo II, di Cairo, di Taba, di Sharm el-Sheikh I
… dan Sharm al-Syeikh II
Kali ini bukan seperti Camp David
Sekadar menamatkan permusuhan
Tetapi melepaskan tuntutan
Ke atas 77% kawasan
Yang dirampas oleh 181 setengah kurun lalu
Tak cukup dengan itu
Baitul Maqdis mereka yang tentu
Kerana telah diisytihar ibu negara yang satu
Dan abadi pula statusnya itu

Bagaimana pula dengan Al-Aqsa
Mereka bahagikan pula kepada dua lapisan
Apa-apa yang ada di atasnya milik Palestin
Yang selebihnya milik mereka
Ibarat sebuah binaan, hanya bumbung yang menjadi kepunyaan
Begitulah liciknya mereka
Mengabui rampasan dengan umpan perdamaian

Bangkitlah umat
Melaungkan intifadah
Sebagai jawapan kepada penjualan maruah dan wilayah
Kepada Zionis laknatuLlah
Mereka bentangkan pula ‘Pelan Damai’
Pelan menuju sebuah negara Palestin yang merdeka
Dan berdaulat..

Berdaulat tanpa Baitul Maqdis?
Berdaulat tanpa Al-Aqsa?
Berdaulat dan pelarian masih di situ?
Di khemah-khemah pelarian itu?
Seperti biasa jawapan-jawapan pada persoalan itu
Nanti kita akan selesaikan
Dengan syarat hentikan intifadah dulu

Dan pemimpin-pemimpin itu mengangguk-angguk
Memberi kepercayaan kepada
Sebuah penipuan
Yang bernama perdamaian
Ibarat memasuki lubang
… yang sama berulang-ulang.

Nukian:
Dr Hafidzi Mohd Noor
1 Jun 2006


Aqsa Syarif