HUMANITY FOR PALESTINE

segalanya tentang palestin kita

ad

The Same Mistake

Sejarah, terbukti berulang dan berulang. Israel takkan pernah berhenti dalam kebobrokannya terhadap Palestin, dan sesiapa jua yang menyokongnya- termasuklah kita!

Sudah terlalu kerap, apa yang kita saksikan kini (tindakan Israel terhadap Pejuang Kebenaran) berlaku ketika dahulu. Namun, persis kerapnya berlaku peristiwa seperti ini, sebegitu kerap jualah kita melakukan kesalahan yang sama.

Ya, kita silap ulang dan berulang-ulang kali.

Isu Israel-Palestin, bukan isu bermusim. Sejak dahulu lagi, ia adalah tentang suatu Prinsip yang sifatnya Kekal, bukan sekadar Emosi yang seringkali Turun-Naik.

Kecelakaan Israel, takkan pernah terhenti dengan sekadar kita membawa akhbar-akhbar berita. Palestin, takkan pernah terbebaskan jika kita hanya mampu teresak-esak.

Lalu kita harus sedar, hanya Prinsip yang kan membawa pada Tindakan.

Di saat Freedom Flotilla berlepas, mereka berlepas dengan suatu Tindakan. Lantas kita mahu melihat kembali diri kita;

Apa Tindakan Kita Untuk Palestin?

*

Sesungguhnya Palestin membutuhkan Tangan-Tangan Kita.

Qum!