"Ya Akhi."
Hm?
"Sejuk."
Ku melihat Rijal yang sedang tidur
atas pahaku menggigil,
giginya bergetar, jelas kedengaran pada pagi yang
hening ini.
Bajunya basah lencun, rambut melekat pada ubun kepala,
dek
bermandikan hujan lebat tatkala mendaki Bukit Keledang.
Mengigau rupanya
budak.
Allah Allah.
Comel la pulak, ish.
"Sat ya," aku bisik
halus.
Zip sweater aku ditanggal perlahan-lahan.
Dan dibalut tubuh
Rijal dengan lemah lembut,
berhati-hati tidak
mengejutkannya.
Tiba-tiba,
tubuhnya bergerak.
Eh, tolonglah
jangan terjaga.
Tolonglah tolonglah.
Aku berdoa dalam diam.
Fuh fuh
fuh.
"JazakAllah, ya Akhi.", bibirnya membisikkan, sambil mengukir satu
senyuman nipis. Matanya masih tertutup rapat.
Hatiku terasa tenang
melihat wajah sahabatku.
Terasa cinta akannya.
Barangkali,
inilah
ia.
Ukhuwah fillah yang dicari selama ni.
Terima kasih, ya
Allah.
Aku cintakan Engkau,
dan aku cintakan saudaraku ini,
tidak dan
tidak bukan,
kerna Engkau jua.
Moga Engkau redha akan dia dan
aku.
Kini dan selamanya.
***
Tidak sama seorang kenalan, dengan
seorang kawan.
Tidak sama seorang kawan, dengan seorang sahabat.
Dan tidak
sama seorang sahabat dengan seorang saudara.
Ada beza, antara
kenalan,
yang kita tiada mengenali hati budinya,
yang kita hanya
mengetahui nama dan fizikalnya,
dengan seorang kawan,
yang kita tahu serba
sedikit mengenainya.
Ada beza, antara seorang kawan,
yang kita tahu
mengenai dia,
dengan seorang sahabat,
yang kita mengenalinya,
dan
sentiasa bersamanya,
baik susah mahupun senang.
Hati budinya dan
peribadinya,
sudah kita masak dan faham sungguh.
Dan ada beza
jua,
antara seorang sahabat dengan seorang saudara,
di mana, seorang
saudara,
akan kita cintai dengan sepenuh hati,
dan akan kita
kasihi,
tanpa perlu sebarang sebab musabab.
Dan ukhuwah fillah
itu,
sejenis madu,
yang hanya yang merasa,
dapat merasai.
Dan yang
menyuap,
dapat disuap kembali.
Dan perlu diketahui jua,
yang
ukhuwah fillah ini,
tiadalah semua mampu mengucapkannya,
dengan hatinya
kembang kuncup,
mengeluarkan haruman semerbak kasturi,
melainkan
insan-insan yang bergelar para Mukmin.
Sungguh,
ianya manis.
Dan
ianya manis.
Hanya itu.
"Setiap Mukmin itu
bersaudara."
-Al-Hujurat 49:10-
.............
Ukhuwah
fillah abadan abada.
Benar,
amatlah menggembirakan,
apabila kita
bersama,
bermain boling, menonton wayang,
berkaraoke hingga
Subuh,
mengeteh hingga 2,3 pagi,
bergelak huha satu kampung boleh
dengar,
bermain gitar, drum sampai pecah telinga,
pergi konsert
melompat-lompat macam atlit buat star jump.
Sungguh, amatlah
seronok.
Tapi,
apakah sama,
kemanisan persaudaraan,
yang dihiasi
kefuturan,
dengan yang disulami keimanan?
Apakah sama,
cinta
saudara,
yang berlandaskan al-Hawa,
berbanding yang
at-Takwa?
Apakah sama,
hati yang bertaut,
kerna Syaitan musuh yang
nyata,
dengan yang kerna Allah Tuhan engkau dan aku?
Tidak, wahai
saudaraku.
Tidak sama sekali.
Kerna Allah telah memberitahu
kita,
yang seorang saudara itu,
yang mengasihi antara satu sama
lain,
hanyalah orang-orang Mukmin.
"Setiap Mukmin itu
bersaudara."
-Al-Hujurat 49:10-
Persoalannya, cukup Mukminkah
kita?
Cukup bersaudarakah kita?
***
Celikkah anda, wahai
Rijal-rijal , wahai Nisa'-nisa'?
Ukhuwah Fillah Abadan Abada,
Imam
Hasan al-Banna pernah berkata,
yang dimaksudkannya dengan ukhuwah
adalah,
terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah.
Fillah pula
bermaksud kerna Allah.
Maka, ukhuwah itu perlulah dilakukan kerna
Allah,
erti kata lain, perlulah berlandaskan perintahNya.
Dan perlulah
memenuhi sebab-musabab penciptaan kita,
iaitu menjadi Khalifah, dan
Abid.
Abadan Abada itu pula selama-lamanya.
Dunia ini
singkat.
Syurga itu selamanya.
Neraku jua selamanya.
Maka, pabila
dikatakan Ukhuwah Fillah itu Abadan Abada,
maka perlulah jelas akan matlamat
bersama,
iaitu ingin bertautan hati dan tangan,
bersama terbang dengan
pantas ke Jannatul Firdausi.
Erti kata lain,
segala apa yang membawa
ke Neraka,
itu benar abadan abada,
tapi tiadalah memenuhi
Ukhuwah,
apatah lagi Fillah.
Dan segala apa yang membawa ke
Syurga,
itulah Ukhuwah Fillah Abadan Abada.
Cinta yang sejati,
cinta
yang kernaNya.
Cinta yang agung.
.......
Wahai Rijal-rijal
Islam,
Wahai Nisa'-Nisa' Mukmin,
Cukuplah sudah.
Cukuplah
sudah.
Cukuplah sudah.
Saban hari,
engkau berjumpa dengan insan
yang engkau kasihi,
yang engkau gelar BFF, best friends forever,
dan
engkau membawanya jauh daripada Al-Quran.
Engkau menghiasi masanya yang
singkat dengan perkara-perkara yang tidak menambahkan imannya,
engkau
membutakannya dengan hiburan duniawi.
Dan kemudian,
engkau mengatakan
uhibbuki fillah.
Engkau katakan,
"Aku bersyukur Allah hadirkan engkau,
ukhuwah fillah ini."
Cukup.
Sudah.
Tiba masanya untuk kita
bangun,
dari mimpi yang lena.
Tiba masanya untuk kita
bangkit,
menuju ke SyurgaNya.
Sudah tiba masanya,
untuk kita
menjadi para Mukmin,
yang bersaudara.
Yang disebut-sebut dalam
al-Quran,
kitab yang benar, dan dilindungi Allah
sentiasa.
Ayuh,
kita bertemu dengan saudara kita,
dan bertanyakan
akan amalannya.
Ayuh,
kita bertemu dengan sahabat kita,
dan bersama
tajdid niat.
Ayuh,
kita bersua muka dengan teman kita,
dan bersama
menghayati erti tajarrud.
Ayuh, kita duduk bersama kawan kita,
dan
tadabbur al-Quran, yang diturunkanNya kepada kita.
Ayuh ayuh
ayuh.
Ayuh kita bangkitkan Ummah.
Ayuh kita bakar himmah-himmah para
Mujahid.
Ayuh kita hidupkan Al-Quran dalam hati para-para bakal
Syuhada'.
Ayuh, saudaraku.
Bersama, kita kan terbang ke
SyurgaNya.
Uhibbukum Fillah Abadan Abada.
Allah
Ghayatuna.
Ar-Rasul Qudwatuna.
Al-Qur'an Dusturuna.
Al-jihad
Sabiluna.
Al-mautu Fi Sabilillah Asma Amanina.
Allahu
Allah!
Hwaiting!
Fi sabilillah!
Moga Allah
redha.
Hm?
"Sejuk."
Ku melihat Rijal yang sedang tidur atas pahaku menggigil,
giginya bergetar, jelas kedengaran pada pagi yang hening ini.
Bajunya basah lencun, rambut melekat pada ubun kepala,
dek bermandikan hujan lebat tatkala mendaki Bukit Keledang.
Mengigau rupanya budak.
Allah Allah.
Comel la pulak, ish.
"Sat ya," aku bisik halus.
Zip sweater aku ditanggal perlahan-lahan.
Dan dibalut tubuh Rijal dengan lemah lembut,
berhati-hati tidak mengejutkannya.
Tiba-tiba,
tubuhnya bergerak.
Eh, tolonglah jangan terjaga.
Tolonglah tolonglah.
Aku berdoa dalam diam.
Fuh fuh fuh.
"JazakAllah, ya Akhi.", bibirnya membisikkan, sambil mengukir satu senyuman nipis. Matanya masih tertutup rapat.
Hatiku terasa tenang melihat wajah sahabatku.
Terasa cinta akannya.
Barangkali,
inilah ia.
Ukhuwah fillah yang dicari selama ni.
Terima kasih, ya Allah.
Aku cintakan Engkau,
dan aku cintakan saudaraku ini,
tidak dan tidak bukan,
kerna Engkau jua.
Moga Engkau redha akan dia dan aku.
Kini dan selamanya.
***
Tidak sama seorang kenalan, dengan seorang kawan.
Tidak sama seorang kawan, dengan seorang sahabat.
Dan tidak sama seorang sahabat dengan seorang saudara.
Ada beza, antara kenalan,
yang kita tiada mengenali hati budinya,
yang kita hanya mengetahui nama dan fizikalnya,
dengan seorang kawan,
yang kita tahu serba sedikit mengenainya.
Ada beza, antara seorang kawan,
yang kita tahu mengenai dia,
dengan seorang sahabat,
yang kita mengenalinya,
dan sentiasa bersamanya,
baik susah mahupun senang.
Hati budinya dan peribadinya,
sudah kita masak dan faham sungguh.
Dan ada beza jua,
antara seorang sahabat dengan seorang saudara,
di mana, seorang saudara,
akan kita cintai dengan sepenuh hati,
dan akan kita kasihi,
tanpa perlu sebarang sebab musabab.
Dan ukhuwah fillah itu,
sejenis madu,
yang hanya yang merasa,
dapat merasai.
Dan yang menyuap,
dapat disuap kembali.
Dan perlu diketahui jua,
yang ukhuwah fillah ini,
tiadalah semua mampu mengucapkannya,
dengan hatinya kembang kuncup,
mengeluarkan haruman semerbak kasturi,
melainkan insan-insan yang bergelar para Mukmin.
Sungguh,
ianya manis.
Dan ianya manis.
Hanya itu.
"Setiap Mukmin itu bersaudara."
-Al-Hujurat 49:10-
.............
Ukhuwah fillah abadan abada.
Benar,
amatlah menggembirakan,
apabila kita bersama,
bermain boling, menonton wayang,
berkaraoke hingga Subuh,
mengeteh hingga 2,3 pagi,
bergelak huha satu kampung boleh dengar,
bermain gitar, drum sampai pecah telinga,
pergi konsert melompat-lompat macam atlit buat star jump.
Sungguh, amatlah seronok.
Tapi,
apakah sama,
kemanisan persaudaraan,
yang dihiasi kefuturan,
dengan yang disulami keimanan?
Apakah sama,
cinta saudara,
yang berlandaskan al-Hawa,
berbanding yang at-Takwa?
Apakah sama,
hati yang bertaut,
kerna Syaitan musuh yang nyata,
dengan yang kerna Allah Tuhan engkau dan aku?
Tidak, wahai saudaraku.
Tidak sama sekali.
Kerna Allah telah memberitahu kita,
yang seorang saudara itu,
yang mengasihi antara satu sama lain,
hanyalah orang-orang Mukmin.
"Setiap Mukmin itu bersaudara."
-Al-Hujurat 49:10-
Persoalannya, cukup Mukminkah kita?
Cukup bersaudarakah kita?
***
Celikkah anda, wahai Rijal-rijal , wahai Nisa'-nisa'?
Ukhuwah Fillah Abadan Abada,
Imam Hasan al-Banna pernah berkata,
yang dimaksudkannya dengan ukhuwah adalah,
terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah.
Fillah pula bermaksud kerna Allah.
Maka, ukhuwah itu perlulah dilakukan kerna Allah,
erti kata lain, perlulah berlandaskan perintahNya.
Dan perlulah memenuhi sebab-musabab penciptaan kita,
iaitu menjadi Khalifah, dan Abid.
Abadan Abada itu pula selama-lamanya.
Dunia ini singkat.
Syurga itu selamanya.
Neraku jua selamanya.
Maka, pabila dikatakan Ukhuwah Fillah itu Abadan Abada,
maka perlulah jelas akan matlamat bersama,
iaitu ingin bertautan hati dan tangan,
bersama terbang dengan pantas ke Jannatul Firdausi.
Erti kata lain,
segala apa yang membawa ke Neraka,
itu benar abadan abada,
tapi tiadalah memenuhi Ukhuwah,
apatah lagi Fillah.
Dan segala apa yang membawa ke Syurga,
itulah Ukhuwah Fillah Abadan Abada.
Cinta yang sejati,
cinta yang kernaNya.
Cinta yang agung.
.......
Wahai Rijal-rijal Islam,
Wahai Nisa'-Nisa' Mukmin,
Cukuplah sudah.
Cukuplah sudah.
Cukuplah sudah.
Saban hari,
engkau berjumpa dengan insan yang engkau kasihi,
yang engkau gelar BFF, best friends forever,
dan engkau membawanya jauh daripada Al-Quran.
Engkau menghiasi masanya yang singkat dengan perkara-perkara yang tidak menambahkan imannya,
engkau membutakannya dengan hiburan duniawi.
Dan kemudian,
engkau mengatakan uhibbuki fillah.
Engkau katakan,
"Aku bersyukur Allah hadirkan engkau, ukhuwah fillah ini."
Cukup.
Sudah.
Tiba masanya untuk kita bangun,
dari mimpi yang lena.
Tiba masanya untuk kita bangkit,
menuju ke SyurgaNya.
Sudah tiba masanya,
untuk kita menjadi para Mukmin,
yang bersaudara.
Yang disebut-sebut dalam al-Quran,
kitab yang benar, dan dilindungi Allah sentiasa.
Ayuh,
kita bertemu dengan saudara kita,
dan bertanyakan akan amalannya.
Ayuh,
kita bertemu dengan sahabat kita,
dan bersama tajdid niat.
Ayuh,
kita bersua muka dengan teman kita,
dan bersama menghayati erti tajarrud.
Ayuh, kita duduk bersama kawan kita,
dan tadabbur al-Quran, yang diturunkanNya kepada kita.
Ayuh ayuh ayuh.
Ayuh kita bangkitkan Ummah.
Ayuh kita bakar himmah-himmah para Mujahid.
Ayuh kita hidupkan Al-Quran dalam hati para-para bakal Syuhada'.
Ayuh, saudaraku.
Bersama, kita kan terbang ke SyurgaNya.
Uhibbukum Fillah Abadan Abada.
Allah Ghayatuna.
Ar-Rasul Qudwatuna.
Al-Qur'an Dusturuna.
Al-jihad Sabiluna.
Al-mautu Fi Sabilillah Asma Amanina.
Allahu Allah!
Hwaiting!
Fi sabilillah!
Moga Allah redha.